Resepi: Korean veggie pancake

Yum2.. Tak sangka aku boleh mencuba resepi ni memang sedap satu memang tak cukup hihihi. Resepi ni senang sangat tak sampai 15 minit dah siap boleh makan, aku try resepi ni pun sebab aku tengok variety show dari Korea iaitu runningman aku tengok dorang makan pancake ni macam syok je. Jadi, apa lagi aku godek-godek la dalam internet cari punya cari aku jumpa lah resepi ni kat http://www.maangchi.com/recipe/ya-chae-jeon tapi aku ada ubahlah sikit resepi ni ikut citarasa aku huhuhu

Resepi versi aku:

Lobak merah (dicincang)
Kubis (dicincang)
Bawang besar (dicincang)
Daun bawang (dicincang)
Sotong (dicincang)
Telur 
Tepung gandum
Sedikit garam
Sedikit air masak
Dan akhirnya jadi macam ni tadaaa

             Korean veggie pancake
Selamat mencuba;)

Drama korea: My love from the star

Lama bebenor aku tak tengok cerita disebabkan kesibukan dengan tesis alhamdulilah semuanya dah selesai and aku dapat A dengan tesis aku tu;) So sekarang aku boleh lah start marathon cerita korea hihihi, cerita yang aku tengok kali ni My love from the star ni kisah pasal makhluk asing lelaki yang tinggal kat bumi selama 400 tahun fuhh lama tu manusia pun tak boleh hidup lama macam tu, dia pada zaman sejarah korea lagi dia sebenarnya ingin mencari perempuan yang telah menyelamatkan dia dari terbunuh oleh pegawai kerajaan kerana dikatakan dorang bersedudukan lebih kurang macam tu lah tapi padahal tak pun dia cuma menyelamatkan perempuan tu dari dibunuh oleh bakal suaminya, tapi malangnya perempuan tu terbunuh bila pegawai kerajaan menjumpai mereka berdua, dan makhluk asing tu hidup sampailah zaman sekarang untuk mencari perempuan tu, tapi pada aku tak interested sangat dengan kisah dorang berdua tu yang aku interested pasal pembunuhan musuh kepada perempuan itu yang buat aku jadi ingin tahu kenapa dan apa motifnya apa-apa pun cerita ni tetap menghiburkan aku lah hihihi, ni pelakon-pelakon drama ni