Novel review: Hatiku di Harajuku

Novel yang aku nak review kali ni, novel keluaran tahun 2007 lagi, sekarang ni dah 2014 dah tujuh tahun novel ni ada dalam pasaran. Novel yang aku baca ni entah cetakan ke berapa entah mungkin cetakan ketujuh kot.

Cerita ini banyak berlaku kat Jepun dan Malaysia, cerita pasal seorang bekas Yakuza iaitu Ryu Watanabe yang dah bertaubat dan ingin membawa balik kekasih hatinya Noriko ke Malaysia dan bawa keluar kekasihnya dari dunia Yakuza dan juga dendam.

Kisah mereka berdua ni menarik minat seorang perempuan iaitu Sabrina dari Malaysia untuk membongkarkan cerita mereka yang dikatakan mitos, jadi timbullah macam-macam konflik cinta tiga segi, dendam, jenayah dan penculikan.

Di akhir cerita memang mengejutkan, serius memang aku tak sangka langsung.  Pandai penulis mengarap cerita ni tambah-tambah lagi Ramlee awang mursid ni memang terkenal dengan penulisan yang berunsurkan suspen.

Sinopsis boleh baca kat sini: 
Tak rugi kalau beli novel ni..

No comments:

Post a Comment