Novel Perempuan Lindungan Kaabah akan didramakan

Novel: Perempuan Lindungan Kaabah 

Sangat teruja bila dengar berita bahawa novel ni akan didramakan tambahan pula pelakon yang memegang watak utama adalah pelakon kesukaan aku iaitu sharnaaz ahmad dan nelydia senrose. Menurut laporan mStar Online, walaupun sharnaaz seringkali dihambat kontroversi, keserasiaanya dengan nelydia membuatkan mereka bakal bergandingan sekali lagi. 


Menurut pengarah urusan Pena Creative sdn bhd iaitu ziela jalil, pihaknya sikitpun tidak terjejas dengan kontroversi yang melanda pelakon tersebut. 
New update: pelakon wanita dia bukan Nelydia Senrose tapi Diana Dianelle, frust sikit la sebab bukan Nelydia yang berlakon tapi takpe drama adaptasi ni tetap best.
Kisah pasal ustazah ni dikahwinkan dengan seorang lelaki yang bukan dicintainya dan juga lelaki ni playboy, selalu minum2 balik lewat malam, kisah ni menceritakan macam mana ustazah ni harungi cabaran dan ujian dalam perkahwinan.
Ini dia sinopsisnya PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH

Novel review: Potret dua wajah

Novel: Potret Dua Wajah

Assalamualaikum...



Novel yg aku beli kali ni bertemakan seram huhuhu.. Tak pernah-pernah aku beli novel bertema seram ni. Terdetik hati aku nak beli novel ni sebab aku terbaca sinopsis kat belibukuonline(bbo) memang syok jugalah sebab ada unsur-unsur penyiasatan dalam kalangan budak-budak sekolah dan cikgu dorang so, aku terasa macam aku berada dalam zaman aku sekolah dulu-dulu.

Masa mula-mula baca bab pertama tu aku memang seram dah sebab aku ni memang penakut orangnya. Selalu aku tidur dalam  keadaan gelap tapi sejak aku baca novel ni kena tidur dalam keadaan cerah ahaks penakut yang amat.

Tahniah kepada penulis berjaya buat aku takut. Novel ni aku rate 6/10 aku kurang puas hati sikit sebab penulis ni menggambarkan sesuatu watak tu seorang yang terlalu cantik, bijak kiranya tak tandingan la, rasa macam tak betul pula mana ada manusia sesempurna macam tu kecuali Nabi Muhammad kita.

Aku jadi menyampah pula dengan watak utama tu. Tapi terpulanglah pada citarasa masing-masing semua orang suka pada kesempurnaan tapi melampau sangat. Yang aku paling suka bila budak-budak sekolah berkumpul berbincang pasal masalah yang melanda kat sekolah mereka macam-macam ragam yang ada..huhuhu  

Ini dia sinopsis, boleh baca kat sini: