Kisah Kejayaan Cristiano Ronaldo

Dah lama aku nak post pasal cristiano ronaldo seorang pemain bola sepak yang terkenal. Ramai yang tidak tahu rahsia dia aku dapat tahu ni pun sebab aku duk godek2 blog orang blog ana ahmad. Bila baca je tajuk dia terus tertarik nak baca pasal kejayaan Ronaldo ni. Seriously, buat aku muhasabah diri kejap, rasa malu pun ada. Yelah orang bukan Islam boleh buat kebaikan apatah lagi orang Islam macam kita ni, bila kita buat kebaikan of course la kita akan dapat pahala kan?


Ini kisah pasal ronaldo:
Yg aku copy paste dari blog ana ahmad.

Ronaldo

Buat anda yang tidak tahu, even AA rasa ramai yang kenal mamat hensem ni. Beliau adalah Cristiano Ronaldo.

Bekas pemain Manchester United, dan sekarang bermain untuk Real Madrid dan Portugal. Seorang pemain yang sangat hebat dan merupakan penjaring gol terbanyak di La Liga, Sepanyol bersama Real Madrid. Mempunyai komitmen yang sangat tinggi ketika berada di atas padang.

Namun, AA yakin. Ramai yang tidak tahu bagaimana Ronaldo bermula sebagai pemain terhebat pada hari ini.



Suatu Ketika Dahulu

Suatu ketika dahulu, ketika Ronaldo masih bermain di sebuah kelab biasa. Mereka di datangi oleh Kelab Sporting Lisbon. Wakil kelab itu mahu menyaksikan sebuah perlawanan bola sepak yang ditandingi oleh kelab yang diwakili oleh Ronaldo.

Mereka mahu mencari pemain yang boleh diserap masuk ke Kelab Remaja Sporting Lisbon. Sebuah kelab yang sangat hebat di Portugal.

Syaratnya mudah sahaja. Mana mana pemain yang menjaringkan gol terbanyak dalam perlawanan itu, akan diserap masuk ke Kelab Remaja Sporting Lisbon.

Semasa perlawanan sedang berlangsung, Ronaldo menjaringkan gol pertama. Kemudian, sahabat baik beliau Albert Fantrau menjaringkan gol kedua.

Di penghujung perlawanan, Albert Fantrau berhadapan situasi satu sama satu dengan penjaga gol. Beliau berjaya menggelecek dan melepasi penjaga gol. Pada waktu itu, Ronaldo turut berlari dan berada di hadapan pintu gol.

Pada waktu itu, Albert Fantrau hanya perlu menolak masuk ke dalam gawang gol. Tetapi, beliau tidak mahu berbuat demikian.

Sebaliknya, beliau menolak bola tersebut kepada Ronaldo dan Ronaldo menjaringkan gol tersebut.

Apa yang berlaku itu menyebabkan ramai orang terfikir kenapa Albert tidak terus menjaringkan gol tersebut.

Selepas perlawanan, Ronaldo bertanya kepada Albert. "Kenapa kamu tidak menjaringkan gol itu sendiri? Kenapa perlu kamu pass bola itu kepada saya?"

Albert menjawab, "Saya tahu, kamu lebih baik daripada saya."

Selepas itu, Ronaldo diterima masuk ke Youth Club untuk Sporting Lisbon dan mula mencipta nama sehingga dipancing masuk ke kelab Manchester United.

Selepas itu, sahabat Ronaldo iaitu Albert langsung tidak mempunyai pekerjaan.

Selang beberapa tahun, ada beberapa wartawan yang menjejaki Albert di rumahnya. Mereka terkejut melihat kemewahan rumah dan kereta yang dimilik oleh Albert.

Apabila mereka bertanya, "Macam mana kamu boleh menjadi kaya sedangkan kamu tidak berkerja?"

Albert menjawab, "Semua ini daripada Ronaldo."

Allah Allah.... AA pernah dengar kisah ini. Tapi, ingatkan orang saja buat cerita. Rupa rupanya, ia cerita benar.

AA kagum dengan mereka berdua.( aku sendiri pun kagum)

1. AA kagum dengan Albert. Sebab beliau lebih mengetahui kelebihan Ronaldo. Dan beliau sendiri merasakan Ronaldo lebih layak untuk ke kelab Sporting Lisbon berbanding beliau. Beliau boleh pilih untuk jaringkan gol tersebut sendiri. Tapi, beliau memilih untuk sentiasa 'memberi yang terbaik' kepada mereka yang lebih layak.

2. AA juga sangat sangat kagum dengan Ronaldo. Beliau sangat mengingati jasa Albert. Beliau sedar, dari situlah beliau bermula. Kerana tanpa bantuan Albert, mungkin Ronaldo tidak menjadi seperti mana beliau sekarang.

Beliau sedar, kekayaan yang beliau kecapi selama ini adalah hasil 'bantuan kecil' dari Albert. Dan beliau tidak pernah lupa 'sahabat' beliau itu.

Anda saksikan sendiri, Ronaldo selalu meraikan kejayaan beliau dengan 
Albert.  Insan yang banyak membantu beliau. Semuanya bermula dengan 
sikap tidak mementingkan diri sendiri yang ada pada Albert.

Antara profil Critiano Ronaldo. AA sangat kagum. Walaupun beliau seorang yang beragama Kristian, tetapi ada beberapa akhlak beliau yang bagi AA wajar kita contohi. Antaranya, beliau tidak minum arak. Ayah beliau meninggal dunia akibat penyakit daripada meminum minuman keras.

Ronaldo juga tidak men'tatoo'kan badan beliau. Ini kerana beliau akan buat 'Blood Donation' 2 kali setiap tahun.

Selain itu, beliau turut menjual kasut emasnya yang berharga Euro 1.5 million dollar kepada penduduk Islam di Gaza. Allahuakbar. Malu rasanya, kita yang beragama Islam ni. Dah berapa 'hinggit' yang kita dah derma untuk saudara kita di sana. Beliau juga memberi sumbangan Euro 1.4 million buat warga Palestin.

Selain itu, ada seorang ibu kepada kanak kanak yang miskin memerlukan bantuan kewangan untuk menanggung kos pembedahan anaknya yang berusia 10 bulan itu. Ibu tersebut menghubungi Ronaldo dan meminta kasut bola dan jersey yang ditandatangi Ronaldo untuk dijual bagi menanggung kos tersebut.

Apa yang mengejutkan ibu tersebut, mereka bukan saja mendapat kasut dan baju. Tetapi mereka mendapat cek sebanyak Euro 83,000. Tak cukup dengan itu, Ronaldo turut menanggung semua kos perubatan anak tersebut di hospital berkenaan. 

AA tahu, ada juga perkara negatif yang AA dengar mengenai Ronaldo. Tapi, lets focus on postive yang beliau lakukan.

Sebab, bagi AA beliau seolah olah faham. "Mengapa dan untuk apa beliau perlu menjadi kaya"

Persoalan ini yang sering kita ummat Islam lupa.

Kita banyak memikirkan diri kita sahaja tanpa kita memikirkan orang lain.

Setiap duit ringgit yang kita dapat, kita hanya fikir apa dan bagaimana harus kita belanjakan. Tanpa kita memikirkan, siapa yang boleh kita bantu dengan rezeki yang kita peroleh.

Adakalanya, Allah 'menghantar' orang yang bukan beragama Islam untuk mendidik kita. 

Adakalanya, bila kita sudah berjaya. Kita mudah lupa bagaimana kita bermula. Siapa yang mula mula dahulu yang 'membawa' kita ke arah kejayaan yang kita kecapi. 

Kita lupa. Kita ingat, kita berjaya disebabkan usaha kita. Tetapi, kita sering tak ingat. Jasa jasa 'kecil' orang lain yang telah menunjukkan jalan kejayaan kepada kita.

Jika kita sudah 'lupa' kepada orang yang menunjuk jalan kepada kita. Agak agak, adakah kita akan menjadi orang yang mengingati orang lain apabila kita sudah betul betul 'kaya' nanti.

Kepada para pembaca yang AA hormati, AA harap. Kita semua dapat mengambil banyak iktibar daripada kisah ini. 

Semoga apa yang AA kongsikan ini dapat 'menyentuh' hati kita. Untuk kita lebih banyak berfikir untuk memberi. Mudah mudahan. Lebih banyak yang kita akan terima selepas ini.

AA doakan anda semua kaya dan berjaya. Sentiasa diberikan yang terbaik oleh Allah.

Wassalam.

Impian tak tercapai? janganlah bersedih

Pejam celik pejam celik kita dah di penghujung tahun, dah nak habis tahun kita ni. Segala pahit manis telah kita jalani sepanjang tahun ni. Ada beberapa hajat kita tercapai, setengah daripada tu ada juga yang tak tercapai. Bila dah tercapai impian kita tu jangan lupa pula kepada Yang Maha Pemberi kerana Dialah impian kita tercapai, tapi bila impian kita ada yang tak tercapai kita janganlah berputus asa untuk berusaha dan doa berterusan mungkin Allah nak tengok sejauh mana keazaman kita untuk mendapatkan sesuatu dan juga apa yang kita minta tu boleh membawa mudarat kepada kita. Teringat pula cerita dari seorang ustaz ni, ustaz memberi satu contoh kenapa benda yang kita nak sangat tu kita tak dapat malah membawa kemudaratan kepada kita, pada suatu hari seorang anak kecil tengah bermain permainannya tiba-tiba dia ternampak suatu benda tengah bergerak-gerak anak kecil tu menyangkakan benda tu mainan rupa-rupanya seekor ular, anak kecil itu pergi dekat ular tersebut tapi nasib baik si ayah ternampak dan terus menghalang anak kecil itu mehampiri ular tersebut tapi anak kecil itu menangis sebab nak pegang ular itu yang disangkakan mainan, si ayah pula berkeras tak bagi sebab boleh memudaratkan anaknya, samalah konsep dengan impian kita yang tercapai tu, apa yang kita inginkan boleh membawa keburukan kepada kita. Jadi tak perlu runsinglah jika perkara yang kita nak tu tak dapat mungkin Allah nak hadiahkan perkara yang lebih dari yang kita minta tu...


:-Pada-Mu aku berserah Ya Allah

Nota untuk diri sendiri;)

Novel review: Hatiku di Harajuku

Novel yang aku nak review kali ni, novel keluaran tahun 2007 lagi, sekarang ni dah 2014 dah tujuh tahun novel ni ada dalam pasaran. Novel yang aku baca ni entah cetakan ke berapa entah mungkin cetakan ketujuh kot.

Cerita ini banyak berlaku kat Jepun dan Malaysia, cerita pasal seorang bekas Yakuza iaitu Ryu Watanabe yang dah bertaubat dan ingin membawa balik kekasih hatinya Noriko ke Malaysia dan bawa keluar kekasihnya dari dunia Yakuza dan juga dendam.

Kisah mereka berdua ni menarik minat seorang perempuan iaitu Sabrina dari Malaysia untuk membongkarkan cerita mereka yang dikatakan mitos, jadi timbullah macam-macam konflik cinta tiga segi, dendam, jenayah dan penculikan.

Di akhir cerita memang mengejutkan, serius memang aku tak sangka langsung.  Pandai penulis mengarap cerita ni tambah-tambah lagi Ramlee awang mursid ni memang terkenal dengan penulisan yang berunsurkan suspen.

Sinopsis boleh baca kat sini: 
Tak rugi kalau beli novel ni..

Novel encik sayang, miss sweetheart

Novel dari sara aisha kali ini memang best ada unsur-unsur humor di situ..Bila baca muka surat pertama terus nak baca muka surat seterusnya sampailah habis.. Ending macam biasalah happy ending.. Walaupun tema novel ini yang klisè iaitu khawin paksa tapi gaya penulisan penulis memang berbeza tak ada lah unsur-unsur yang berat tak perlu kita memikirkan apa-apa.. Hanya baca untuk merehatkan minda kita itu sahaja..huhuhu

Ini dia sinopsis novel, boleh baca kat sini


Memang berbaloilah 
Beli novel memang tak rugi pun..

Salam Ramadhan 2014

Bismillah,
Salam menyambut ramadhan kepada semua umat islam. Alhamdulillah kita masih sempat menikmati bulan puasa pada tahun ini, bulan yang penuh barakah, mungkin pada tahun ini sahaja kita diberikan kesempatan untuk menikmati bulan puasa, hari ni tamatlah sudah hari pertama kita berpuasa, tinggal 29 hari je lagi dan bermacam-macam dugaan yang kita perlu tempuh sepanjang bulan selagi kita bernama manusia. Aku sendiri tahun ni sekali lagi terpaksa berjauhan dari keluarga tak boleh berbuka puasa sekali dengan mereka sebab kerja :( sangat menyedihkan huarghhh nak balik. Tapi nak buat macam mana inilah dugaan yang kita terpaksa tempuhi. 
So till then, sekali selamat berpuasa kepada semua umat Islam diatas muka bumi ni;)

Novel Perempuan Lindungan Kaabah akan didramakan

Novel: Perempuan Lindungan Kaabah 

Sangat teruja bila dengar berita bahawa novel ni akan didramakan tambahan pula pelakon yang memegang watak utama adalah pelakon kesukaan aku iaitu sharnaaz ahmad dan nelydia senrose. Menurut laporan mStar Online, walaupun sharnaaz seringkali dihambat kontroversi, keserasiaanya dengan nelydia membuatkan mereka bakal bergandingan sekali lagi. 


Menurut pengarah urusan Pena Creative sdn bhd iaitu ziela jalil, pihaknya sikitpun tidak terjejas dengan kontroversi yang melanda pelakon tersebut. 
New update: pelakon wanita dia bukan Nelydia Senrose tapi Diana Dianelle, frust sikit la sebab bukan Nelydia yang berlakon tapi takpe drama adaptasi ni tetap best.
Kisah pasal ustazah ni dikahwinkan dengan seorang lelaki yang bukan dicintainya dan juga lelaki ni playboy, selalu minum2 balik lewat malam, kisah ni menceritakan macam mana ustazah ni harungi cabaran dan ujian dalam perkahwinan.
Ini dia sinopsisnya PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH

Novel review: Potret dua wajah

Novel: Potret Dua Wajah

Assalamualaikum...



Novel yg aku beli kali ni bertemakan seram huhuhu.. Tak pernah-pernah aku beli novel bertema seram ni. Terdetik hati aku nak beli novel ni sebab aku terbaca sinopsis kat belibukuonline(bbo) memang syok jugalah sebab ada unsur-unsur penyiasatan dalam kalangan budak-budak sekolah dan cikgu dorang so, aku terasa macam aku berada dalam zaman aku sekolah dulu-dulu.

Masa mula-mula baca bab pertama tu aku memang seram dah sebab aku ni memang penakut orangnya. Selalu aku tidur dalam  keadaan gelap tapi sejak aku baca novel ni kena tidur dalam keadaan cerah ahaks penakut yang amat.

Tahniah kepada penulis berjaya buat aku takut. Novel ni aku rate 6/10 aku kurang puas hati sikit sebab penulis ni menggambarkan sesuatu watak tu seorang yang terlalu cantik, bijak kiranya tak tandingan la, rasa macam tak betul pula mana ada manusia sesempurna macam tu kecuali Nabi Muhammad kita.

Aku jadi menyampah pula dengan watak utama tu. Tapi terpulanglah pada citarasa masing-masing semua orang suka pada kesempurnaan tapi melampau sangat. Yang aku paling suka bila budak-budak sekolah berkumpul berbincang pasal masalah yang melanda kat sekolah mereka macam-macam ragam yang ada..huhuhu  

Ini dia sinopsis, boleh baca kat sini:

Resepi: Korean veggie pancake

Yum2.. Tak sangka aku boleh mencuba resepi ni memang sedap satu memang tak cukup hihihi. Resepi ni senang sangat tak sampai 15 minit dah siap boleh makan, aku try resepi ni pun sebab aku tengok variety show dari Korea iaitu runningman aku tengok dorang makan pancake ni macam syok je. Jadi, apa lagi aku godek-godek la dalam internet cari punya cari aku jumpa lah resepi ni kat http://www.maangchi.com/recipe/ya-chae-jeon tapi aku ada ubahlah sikit resepi ni ikut citarasa aku huhuhu

Resepi versi aku:

Lobak merah (dicincang)
Kubis (dicincang)
Bawang besar (dicincang)
Daun bawang (dicincang)
Sotong (dicincang)
Telur 
Tepung gandum
Sedikit garam
Sedikit air masak
Dan akhirnya jadi macam ni tadaaa

             Korean veggie pancake
Selamat mencuba;)

Drama korea: My love from the star

Lama bebenor aku tak tengok cerita disebabkan kesibukan dengan tesis alhamdulilah semuanya dah selesai and aku dapat A dengan tesis aku tu;) So sekarang aku boleh lah start marathon cerita korea hihihi, cerita yang aku tengok kali ni My love from the star ni kisah pasal makhluk asing lelaki yang tinggal kat bumi selama 400 tahun fuhh lama tu manusia pun tak boleh hidup lama macam tu, dia pada zaman sejarah korea lagi dia sebenarnya ingin mencari perempuan yang telah menyelamatkan dia dari terbunuh oleh pegawai kerajaan kerana dikatakan dorang bersedudukan lebih kurang macam tu lah tapi padahal tak pun dia cuma menyelamatkan perempuan tu dari dibunuh oleh bakal suaminya, tapi malangnya perempuan tu terbunuh bila pegawai kerajaan menjumpai mereka berdua, dan makhluk asing tu hidup sampailah zaman sekarang untuk mencari perempuan tu, tapi pada aku tak interested sangat dengan kisah dorang berdua tu yang aku interested pasal pembunuhan musuh kepada perempuan itu yang buat aku jadi ingin tahu kenapa dan apa motifnya apa-apa pun cerita ni tetap menghiburkan aku lah hihihi, ni pelakon-pelakon drama ni 

The weeklypay penipu!

Haishhh memang aku tak sangka rupanya the weeklypay ni memang penipu, aku ingat betullah dia bagi duit kat kita, dia kata just share dia punya link kat orang ramai lepas tu kita akan dapat duit dengan mudah, lepas tu bayar dengan Usd beb! Siapa yang tak nak weihh dia kata nak redeem kena $300 ke atas tapi ade syarat kena buat survey bagai lepas tu kena subscribe tu la subscribe ni la hai macam-macam la last2 tak boleh redeem pun. Hurmm nasib baiklah aku tak subscribe kalau tak habis duit aku dia telan muahahaaha so kiranya lesson lah buat jangan mudah terpedaya dengan benda-benda macam ni. Ingat senang-senang je nak dapat duit huh jangan haraplah



Ni site dia yang aku printscreen dia tulis kena complete survey dulu then baru boleh request payout kalau complete survey sahaja takpe lah juga tapi ni kena subscribe macam-macam. Hidup dia memang takkan aman kalau menipu je kerja dia...


Total earnings USD 100 pergh memang masyuk...

Review novel Rasa Yang Tertinggal

Novel rasa yang tertinggal

first novel yang aku baca bagi tahun 2014, novel ni lebih kepada kawin paksa rela hihihi, watak perempuan ummu balqis and watak lelaki tuan rayyan zharif well aku suka watak lelaki sebab dia tersangatlah sweet rayyan ni memang suka dekat balkis sejak dari sekolah lagi cuma cinta dia tak terluah sebab balkis pegang teguh dengan prinsip dia tu takkan bercinta belum tiba masanya.     

Bagi aku geram juga dengan dua watak utama ni, main tarik tali dah suka tu bagitahu je la jangan senyap, lepas tu mula la fikir perkara lain.. hishh tapi aku berjaya juga habiskan novel ni walaupun dalam geram ada juga moment sweet atau kelakar antara Rayyan dan Balkis.

Sinopsis boleh baca kat sini:

drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta(novel)

Novel: bukan kerana aku tak cinta

antara novel yang paling sangat aku suka, cerita dia lain dari novel lain
yeah novel ini didramakan hihihi, well cerita ini amat menarik lain daripada yang lain sebab watak heroin (hannah mastura) ni sedikit gedik dan terhegeh nak dekat lelaki(jebat) but she have own reason kenapa dia buat macam tu. 

Macam-macam lah dia buat nak tackle hero pujaan dia tu. Aku memang suka watak heroin ni yang sangat bold, hehehe begitu jugak watak jebat ni lain daripada tipikal watak hero dalam novel huhuhu.. bila aku dapat tahu ada sebuah novel akan didramakan iaitu BKATC ni and bila baca sinopsis dia terus aku beli novel nih lebih-lebih lagi sharnaaz ahmad and nelydia senrose yang berlakon huhuhu lagi lah best hehehe dorang memang superb watak yang dorang bawa tu memang menjadi macam real pula..

hehehe masa tengok first episode tu memang kelakar terbaik lah dorang and watak sampingan pun terbaik. drama dah start dah 9/12/13 ade 60 episode banyak wo.. currently dah main 18 episode banyak lagi episode nak kena tengok..this novel wajib ada dan dibaca aku masukkan sinopsis boleh baca hehehe




                                                        cover buku yang nampak ganas:)