Impian tak tercapai? janganlah bersedih

Pejam celik pejam celik kita dah di penghujung tahun, dah nak habis tahun kita ni. Segala pahit manis telah kita jalani sepanjang tahun ni. Ada beberapa hajat kita tercapai, setengah daripada tu ada juga yang tak tercapai. Bila dah tercapai impian kita tu jangan lupa pula kepada Yang Maha Pemberi kerana Dialah impian kita tercapai, tapi bila impian kita ada yang tak tercapai kita janganlah berputus asa untuk berusaha dan doa berterusan mungkin Allah nak tengok sejauh mana keazaman kita untuk mendapatkan sesuatu dan juga apa yang kita minta tu boleh membawa mudarat kepada kita. Teringat pula cerita dari seorang ustaz ni, ustaz memberi satu contoh kenapa benda yang kita nak sangat tu kita tak dapat malah membawa kemudaratan kepada kita, pada suatu hari seorang anak kecil tengah bermain permainannya tiba-tiba dia ternampak suatu benda tengah bergerak-gerak anak kecil tu menyangkakan benda tu mainan rupa-rupanya seekor ular, anak kecil itu pergi dekat ular tersebut tapi nasib baik si ayah ternampak dan terus menghalang anak kecil itu mehampiri ular tersebut tapi anak kecil itu menangis sebab nak pegang ular itu yang disangkakan mainan, si ayah pula berkeras tak bagi sebab boleh memudaratkan anaknya, samalah konsep dengan impian kita yang tercapai tu, apa yang kita inginkan boleh membawa keburukan kepada kita. Jadi tak perlu runsinglah jika perkara yang kita nak tu tak dapat mungkin Allah nak hadiahkan perkara yang lebih dari yang kita minta tu...


:-Pada-Mu aku berserah Ya Allah

Nota untuk diri sendiri;)

No comments:

Post a Comment