Resepi puding trifle

Antara desert yang paling senang dan paling aku suka iaitu pudding trifle. Memang senang sangat buat pudding ni tak rumit macam buat kek hehehe. Terima kasih kepada ynadiana.blogspot.com kerana berkongsi resepi ni. Jadi tanpa banyak kata ini dia aku sediakan resepi.


Bahan-bahan
lapisan bawah
- kek gulung

lapisan tengah
-1 tin susu cair
- 2 sudu besar tepung kastard
- air buah koktail (tapis buah untuk lapisan atas)

lapisan atas
-1 kotak kristal jelly (strawbery) 
-1 gelas air panas
-1 tin koktail buahan campuran

cara-cara ::

-hiris dan susun kek gulung pada lapisan bawah sekali.

-panaskan lapisan tengah sehingga menjadi pekat dan likat. Kemudian tuang di atas lapisan kek tadi sehingga kek tenggelam.

- taburkan koktail buahan keatas lapisan tengah. Campurkan kristal jelly ke dalam air panas dan kacau, setelah larut, tuang kristal jelly ke atas buahan tadi

-tunggu sehingga jelly dah keras dan boleh la di hidang, sedap di makan sejuk-sejuk. ~yum3~~~

No comments:

Post a Comment