Kurus gemuk story
Saya Sebelum Program Advanced.
Saya ni dulu amat jahil bab-bab kesihatan, makan tak kira
masa tiap kali pergi dapur je mesti mencari makanan. Junk food dan air bergas
saya tak berapa gemar.. Saya makan juga tapi kadang-kadang saya tidak amalkan
selalu. Tambahan pula mak saya memang tak bagi makan sangat sejak saya dari
kecil. Tapi itulah saya tetap juga gemuk.
Ini sebab tabiat pemakanan saya memang
tak betul. Kalau dulu saya selalu salahkan nasi punca kita kurus tapi sebenarnya tidak nasi tidak bersalah. Makan nasi boleh tapi ikut porsi, bukan makan banyak kali, tambah sampai 2 hingga 3 pinggan. Itu pasal kita jadi gemuk.
Jenis saya suka makan banyak dan tak pernah rasa kenyang pelik bukan? Hehe sebenarnya kita tak lapar tapi nafsu makan kita terlampau tinggi sangat, itu sebab kita asyik nak makan je. Mulut tak pernah berhenti makan, tak boleh berhenti mengunyah. Kita mengunyah pula bukan makan yang sihat.
Jenis saya suka makan banyak dan tak pernah rasa kenyang pelik bukan? Hehe sebenarnya kita tak lapar tapi nafsu makan kita terlampau tinggi sangat, itu sebab kita asyik nak makan je. Mulut tak pernah berhenti makan, tak boleh berhenti mengunyah. Kita mengunyah pula bukan makan yang sihat.
Saya masih ingat lagi masa sekolah menengah saya pernah try
satu produk ni itu pun mak yang paksa. Saya pun ikut je la tapi memang saya tak
suka rasa tu, dan sangat menyeksakan pukul 3 4 pagi bangun awal sebab memulas
sakit perut nak ke tandas.
Saya bukan nak kondem produk tu. Saya sangat-sangat
marah dekat mak saya pada masa tu hehehe biasa lah tu darah muda.. niat mak
baik.. tak habis sekotak pun saya makan ,saya macam redha dengan badan gemuk
macam ni.. Tapi kadang-kadang rasa malu juga dengan badan saya sendiri ni.
Saya tak jaga makan pun, iya saya memang ada hati nak kurus
tapi setiap kali saya cuba nak kurus pasti ada halangan. Sedih tu memang sedih,
nak pakai baju yang saya suka, tak dapat sebab tak ada saiz. Orang gemuk memang
macam ni kan.
Badan saya semakin membesar sehinggalah
saya masuk universiti, perasaan malu tu timbul. Saya tak pernah timbang berat, sebab saya takut untuk menerima hakikat yang sememangnya saya gemuk. Pernah timbang sebab untuk dapatkan laporan kesihatan, tapi saya tak ambil tahu berat saya berapa. Anda pernah mengalami tak seperti situasi yang saya lalui dulu?
Perasaan
malu dan kurang berkeyakinan sangat tebal dalam diri saya. Sampai saya nak buat
presentation dalam kelas pun mengigil tangan sebab malu dan rasa tak yakin tu. Nak berhadapan dengan orang ramai sangat susah.
Lagi memalukan ada budak lelaki di dalam kelas saya mengata
saya “kenderaan berat lalu ke kiri”, perasaan saya masa tu sedih, saya cuba
positifkan diri bahawa saya mungkin tersalah dengar. Walaupun hakikatnya memang
betul apa yang diperkatakan oleh dia.
Waktu saya gemuk
Dalam gambar-gambar tadi boleh nampak kan saya gemuk, dagu berlapis, perut berlipat.
Rasa tak selesa, tak best kan bila ada perut berlipat, nak pakai baju cantik-cantik pun tak boleh sebab tak ada size besar. Jadi jalan penyelesaian nak dapat baju cantik-cantik di butik kena customized kos pula mahal. Bila gemuk ni kos jadi mahal sebenarnya bukan murah, kita tak rasa pada mulanya tapi cuba korang buat kira-kira.
Saya biarkan aje badan makin membesar, tapi dalam hati saya yakin yang saya akan kurus dan cantik. Cuma saya tak tahu cara bagaimana, pernah juga ikut kawan-kawan pergi jogging tapi lepas jogging saya dan rakan-rakan makan nasi goreng. Masa tu kami tak tahu pun post and pre workout pakai tibai je makan. Kurus pun tidak juga.
Ada satu hari tu kawan saya tegur, "kau nak kurus tak?".
Saya dah
perasan dah kenapa dia macam lain aje gaya makan dia dah lain, nampak makin
kurus.
Pada mulanya saya teragak-agaklah nak ikut dia tapi saya tekad untuk
kuruskan badan tak nak jadi macam dulu.
Saya Selepas Advanced Coaching.
Gaya hidup saya betul-betul dah berubah 360 darjah. Semua pelan pemakanan di ajar oleh coach. Alhamdulillah dulu memang jahil bab makan2 ni..tak tahu pulak nak turun berat badan kena jaga makan dulu..bukannya exercise kaw kaw lepas tu makan nasi lemak.. memang sia-sia yang kita workout tu..
Dalam Advanced Coaching ni ressepi sihat diberikan oleh coach, meal plan 5x makan memang mengenyangkan sampai tak sangka banyak kali juga ek aku makan haha..
Badan makin bertenaga iya la dulu jogging sikit dah mengah..aktiviti hiking pun saya boleh lakukan syukur sangat.
Dalam Advanced Coaching ni ressepi sihat diberikan oleh coach, meal plan 5x makan memang mengenyangkan sampai tak sangka banyak kali juga ek aku makan haha..
Badan makin bertenaga iya la dulu jogging sikit dah mengah..aktiviti hiking pun saya boleh lakukan syukur sangat.
No comments:
Post a Comment