Minum air asyik kerap kencing

 Assalamualaikum, salam sejahtera.

pejam celik kita ni dah masuk bulan 10 2022, saban tahun kita mesti cakap cepatnuya masa berlalu..umur pun makin berusia dah tak macam dulu, macam tu juga tiha rasa, kita sendiri boleh nilai adakah kehidupan kita ni makin bagus atau makin teruk.

Tiha harap dari hari ke hari tiha dapat improve diri, makin sayangi diri ni, nak orang sayang kita, kita sendiri kena sayangi diri kita dulu. Okay kalau ikut tajuk tiha ni, tiha nak share la berdasarkan pengalaman tiha.

Dulu tiha tak minum sangat air masak ni, air manis minum tapi gula kurang la, tapi sejak tiha makin dewasa ni dan join satu program kurus ni tiha tahu kepentingan air 70-80% badan kita dari air, jadi memang penting sangat lah kita minum air kosong secukupnya, dalam sehari berapa liter kena cukup minum setiap orang berbeza cth 70/2.5liter = 2.8 liter ssehari kena minum.

Pengalaman tiha sewaktu mula-mula minum air kosong ni letih sebab apa sebab duk ulang alik pergi toilet, duk kejap pergi toilet.. sampailah tidur, masa tu minum je air kosong, sampailah malam.. sepatutnya tak payah minum pun waktu malam sebab nanti ganggu waktu tidur kita.

hari pertama sampai hari ke-3 memang kerap kencing, bila masuk hari ke-4 barulah okay sikit kurang kencing sebab badan dah start adapat benda baru.. sampai sekarang tiha dapat rasa kalau dalam 1 minggu atau 2 minggu tiha tak cukup minum air lepas tu tiha back on track tiha akan lalui proses hari pertama hingga ke-3 tu akan kerap kencing. lepas tu dah okay la.

Jadi jangan takutlah nak minum air, minum air kosong secukupnya.


Semoga bermanfaat,

Tiha Rofi.


Review Buku Jangan Sampai Ada dan Tiadamu Di dunia ini Tidak ada Bezanya

 Review Buku Jangan Sampai Ada dan Tiadamu Di dunia ini Tidak ada Bezanya

                                                   

Assalamualaikum, salam sejahtera 

Hari ni Tiha nak share buku yang saya baca ni, tajuk buku ni buatkan saya sentap, Tiha masuk kedai buku ni kedai buku ni famous la kat kelantan kedai buku SMO bookstores.

Smbil jalan-jalan tengok buku, kira macam Tiha tengah book hunting la, tiha mencari buku yang untuk dibaca. Bila Tiha tengok buku tu terus macam sentap sikit, tapi tak boleh baca dalam isi kandungan, cuma boleh sinopsis je.

Tapi Tiha tak beli teruslah, minggu seterusnya Tiha beli.. alhamdulillah dapat juga beli buku n, harga tak mahal pun, murah dan buku ni nipis je.. sesuai untuk bacaan santai, Penulis dari Indonesia dan nasib baik bahasa boleh difaham tapi saya rasa diterjemahkan dalam bahasa malaysia, ada juga sikit perkataan dari Indonesia, tapi takpe asalkan mudah faham.

Apa yang nak disampaikan dalam buku, kita jangan jadi yang biasa kerana penduduk bumi terlalu ramai. Dunia ni sedang memerhatikan orang yang luar biasa, supaya kita boleh meninggalkan jejak sejarah yang layak dikenang generasi akan datang(perkara yang baik-baik)

Bagi pemahaman Tiha menjadi luar biasa bukan bermaksud kita jadi kaya, penulis ada menceritakan tentang Ibnu Hajar menulis kitab Bulughul Maram agar dijakan panduan pada anaknya tapi kitab Ibnu Hajar ni memberi kesan manfaat kepada umat islam di dunia.

Macam orang ternama seperti Warren Buffet, Bill Gates dan juga Jacky Chan mereka tak mewariskan harta kepada anak, prinsip yang diajarkan kepad anak mereka iaitu jiwa berdikari, seorang anak mampu mencari wang sendiri.(Tiha terkejut baca bab ni biasanya mak ayah akan wariskan harta pada anak-anak, mencari rezeki untuk anak-anak supaya masa depan anak-anak cerah. Tiha pernah baca tak ingat dalam alquran ke atau hadis tak perlu risau akan rezeki anak atau kehidupan anak, sebab Allah akan jaga mereka.) 

Penulis bagitahu dalam buku ni, cara Allah kurniakan rezeki bukan dari cara ajaib, tiha pun pelik juga apa maksud penulis ni. Bila go through maksud penulis, Allah swt kurniakan rezeki pada kita melalui usaha dan kerja keras, sebab Allah amat hargai potensi diri dalam manusia, manusia kan sebaik-baik penciptaanNya. Allah beri macam tu je rezeki sama macam meremehkan potensi diri manusia.

Ha macam tu la.. so sebaiknya kita nak sesuatu kena usaha dan diiringi dengan doa, yakin dan percaya pada Allah. 

Dalam buku ni ada 3 bahagian dipecahkan dan dalam setiap bahagian dibawahnya ada bab-bab kecil:

Bahagian 1:

Hidupnya bermanfaat matinya bermanfaat

Bahagian 2:

Hidup Tidak Kenal Siaran Ulangan 

Bahagian 3 

Mengubah dunia Mengubah diri.

Tiha sebenarnya nak jadi orang biasa-biasa je, tak nak involve dalam hidup orang, nak hidup biasa-biasa je cari makan hanya untuk diri sendiri, tapi sebenarya hidup macam ni selfish kita tahu ilmu tapi kita tak share mana ilmu yang kita share bg manfaat pada orang dan kita boleh tinggalkan jejak kat dunia ni, dunia ni ladang pahala kita, ladang menaman benih, sementara akhirat adalah masa menuai.

Ni peringatan untuk Tiha penulis baitahu jangan bersedih jika hasil kerja tak dihargai, dan mengharap pujian, Nabi muhammad saw, Rasul , para sahabat, para ulama dan gologan tokoh besar terdahulu pun ad yang tak hargai kerja keras mereka malah ada yang dapat cacian, seksaan, mereka mungkin bersedih tapi tak lama, terus buatkerja dakwah, buat kerana Allah swt, begitu juga kita, berfikir macam mereka dan cepat-cepat beristighfar.

okay itu saja dari Tiha, 

semoga bermanfaat 😃





Pernah tak korang rasa dalam sehari korang rasa malas?

 Pernah tak korang rasa dalam sehari korang rasa malas?

Assalamualaikum, salam sejahtera 

Diharapkan yang tengah membaca ni sihat ye..
Korang pernah tak rasa malas, ada hari korang rasa nak rehat je, tak nak buat kerja..

Tiha ada dan sekarang ni pun tiha rasa malas, rasa mengantuk nak tidur je, tapi fikirkan balik aku ada kerja nak buat, tak boleh biarkan sebab nanti perkara akan jadi tabiat, rutin kita, kita hari-hari rehat je, satu habuk kerja pun tak buat hehe..

Korang nak rehatkan diri tu boleh, tapi kejap je, sebab kita kan ada kerja nak buat ataupun korang boleh alihkan diri korang buat kerja macam tiha masak atau pergi keluar rumah sapu laman.. 

Jadi bila buat aktiviti rasa lega sikit dan boleh terus buat kerja yang perlu disiapkan.

Yang je yang tiha selain tiha rehatkan diri, tidur hehe.

Okay itu saja sharing tiha,
Jumpa lagi 😊



Minuman kopi tanpa gula paling sedap Tiha pernah rasa (afeeya cafe zero)

 Minuman kopi tanpa gula paling sedap Tiha pernah rasa (afeeya cafe zero)


Assalamualaikum, selamat sejahtera.

Hari ni Tiha nak share minuman kopi yang saya rasa sedap dan tanpa gula iaitu afeeya cafe zero, dari Eskayvie Malaysia

Afeeya cafe Zero

Afeeya cafe zero ni memang sedap rasa dia walaupun tanpa gula, tapi nak lagi sedap letak pemanis alternatif jangan pulak letak gula putih tak berkhasiat la kopi tu.

Kenapa tiha cakap tak berkhasiat kalau letak gula putih sebab dalam kopi afeeya ni ada bahan:

Buah tunjuk langit
-membantu meningkatkan prestasi dan stamina
-meningkatkan sistem ketahanan badan

Ubi jaga
-memberi tenaga dan menyegarkan 
-atasi kelesuan dan mengantuk 

Kopi Arabika
-Tingkatkan fungsi otak dan kognitif
Tingkatkan daya fokus dan kreativiti

dah tahukan bahan dalam afeeya cafe zero, sebab tu tiha cakap jangan letak gula putih, kalau nak manis letak pemanis alternatif.

Sepanjamg tiha ambik afeeya cafe zero ni ahamdulillah tak rasa pening atau mual seperti tiha minum kopi jenama lain.

Afeeya cafe zero ni membantu tiha untuk fokus terutama waktu memandu, kalau bawak dalam keadaan tak fokus itu memerbahayakan diri dan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Afeeya cafe zero ni membantu tiha untuk hilangkan rasa craving atau keinginan minum kopi yang dijual kat luar tu, sebab ada gula, jadi tiha buat je afeeya cafe zero ni sama ada tiha buat panas atau sejuk.

Afeeya cafe zero boleh diminum dengan ais tau, lagi nikmat rasanya, dan kalau nak buat minum petang dengan afeeya cafe zero pun bagus sangat. 

Nak tengok cara bancuh afeeya cafe zero klik link ni

Macam mana nak dapatkan afeeya cafe zero ni boleh klik link dibawah (pembelian diwebsite)

atau nak wasap nak tanya details

Tiha nak share sikit feedback orang ambik afeeya cafe zero

Mata cergas bila drive

Macam kopi premium 

Bacaan gula turun

Rasa cergas & kenyang 

Ha ni la feedback afeeya cafe zero, boleh tengok feedback positif dari customer kalau nak cuba afeeya cafe zero ni silalah pm tiha atau boleh beli terus kat website







Tiada Idea nak menulis

 Assalamualaikum,

Dah bersarang blog Tiha ni, lama betul tak bercerita dan sharing kat blog ni, mengikut arus media sosial sekarang ni Tiha cuba untuk share kat TikTok, Instagram, facebook. 

Blog pun tertinggal, tapi Tiha masih lagi kemaskini blog ni, edit mencantikkan lagi blog ni dan blog ni tempat Tiha meluahkan perasaan dan meninggalkan jejak yang baik kat sini, insyallah.

Tiha pun dah takde idea nak cerita dan share kat sini tapi baru-baru ni Tiha dapat idea, hobi Tiha juga suka membaca, bila ada masa terluang akan membacalah, buku tak banyak lagi tak macam orang lain tapi bolehlah kongsikan pada orag ramai, sekurangnya korang ada pilihan untuk baca buku yang mana. 

Novel sekarang Tiha tak baca dah, yang terakhir Tiha baca novel tajuk bisik-bisik gelora,Tiha geram kat hero dan heroin novel ni, entah tak faham sangat dengan novel ni.

Okay back to story insyallah Tiha akan kerap buat sharing kat sini, sebab sayang sangat nak tinggalkan blog ni dah lama kot Tiha buat sharing kat sini, Tiha lebih suka menulis di blog dari menulis kat facebook tapi sekarang Tiha dah ada Facebook page jadi kat situ Tiha boleh menulis sama macam blog.

Nanti Tiha kongsikan beberapa buku yang Tiha baca semoga memberi manfaat kesemua:) tq 

Talk to talk Allah best feelings ever

 Allhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi masih lagi disini untuk menulis,

Tiha meninggalkan jejak disini supaya Tiha dapat sebarkan manfaat pada orang ramai. 

Sejak kebelakangan ni Tiha sikit stres atau boleh diterima pakai perkataan 'burnout', siapa kata orang buat bisnes tak burnout pastinya 'burnout' tambah lagi Tiha dah kahwin.

dah tapi tak duduk satu rumah kiranya pjj la. rasa rindu je manjang, nak selalu suami ada disisi bila kita rasa stres, perlukan tempat meluah perasaan, setakat telefon atau whatsapp tak rasa sangat tambah lagi tempat suami duduk tu kerap terputus line.

Jadi pada siapa kita uruskan emosi dan juga nak meluahkan perasaan takkan pada mak, Tiha tak nak menyusahkan dan membebankan mak dengan masalah kita, cukuplah biarkan mak kita tenang dan mohon pada mak doakan kita itu saja.

Adik beradik? saudara mara? kawan-kawan? percaya ke kita pada mereka, nak bercerita boleh tapi mereka tak boleh selesaikan masalah kita, rasa lega hanya sekejap, lepas tu datang balik rasa resah gelisah tu, risau dorang terlepas mulut bercerita pada orang lain hahaha.

Tapi pada siapa harus kita bercerita, Tiada Lain Selain Tuhan yang SATU Allah, sebenarnya kita boleh bercerita pada Allah bila-bila masa yang kita nak, selain selepas solat, Sebelum ni Tiha tak tahu pun kita talk to Allah pada bila-bila masa. 

Bercakap pada Allah bukan kita bercakap saja-saja pada Allah tapi ada cara dia, kita mulakan dengan nama-nama ALLAH asmahulusna, mulakan dengan puji-pujian, yang layak menerima puji hanya Allah yang satu kita ni lemah, manusia yang lemah. 

Segala kebaikan kita dapat buat hanya dari Allah swt, sebelu tiha menulis tadi Tiha ada sedikit burnout, sedikit ada salah faham dengan suami, rasa sakit sedih sangat. Tiha ingatkan dengan apa yang guru-guru ajar, ustazah ajar, bercakap dengan Allah mulakan dengan nama-nama ALLAH puji ALLAH selepas tu luahkan pada ALLAH.

ALLAH Maha Kuasa korang, rasa lega sangat dapat bercakap dengan Allah, Allah Ya Sami' Maha Mendengar doa HambaNYA

Korang patut buat macam ni bercakap dengan ALLAH, kalau tak pandai macam mana nak mula boleh tengok ceramah-ceramah ustazah asma hussin, Ustazah selalu menggunakan nama-nama Allah.

Sekian saja dari Tiha semoga bermanfaat pada korang yang membaca, Tiha menulis disini sebab Tiha dapat meninggalkan jejak yang baik kat sini. 

Tiha terkejut dengan perginya penyanyi, pelakon, pengacara Adibah Noor secara mengejut, sebelum perginya beliau rata-rata netizen terkejut dengan gambar beliau yang nampak kurus, selepas tu selang beberapa hari terkejut dengan berita kematian beliau.

 Allah nak cabut nyawa tak kisah siapa pun dan bila Allah kehendak, sebab tu Tiha buat keputusan untuk meninggalkan jejak yang baik kat sini dan mana-mana paltform media sosial.

Semoga segala amalan kita Allah redha dan diberkati,

aamiin Ya Rabbal alamin.

oh ya lupa nak share korang boleh baca buku Talk To ALLAH karya Ayesha Syahira, bagus buku ni, cuma yang ni versi english, kalau ada versi bahasa melayu bagus ni.

Tiha Rofi.




Bisik-bisik gelora

 Hi assalamualaikum, 

apa khabar? dah lama benor Tiha tak buat review novel dan juga baca novel.. sebab dia bercanggah dengan bisnes dan juga boleh melaghakan ye la kita baca novel ni bukan main fokus.

Tiha tak tahu orang lain Tiha pernah baca novel sampai pukul 3-4pagi semata nak habiskan bacaan sebab malas nak sambung next day, tapi macam tak larat sangat stop juga.

Tiha baca novel bila rasa serabut, ye lah asyik mikir pasal buat kerja lepas tu duk tengok youtube bagai,stress fikir macam mana buat duit last2 Tiha terbuang duit dengan baca novel. hehe

Tapi novel pun ada pengajaran dia, kita ambik part yang baik la, part yang buruk kita jangan ikut.

Okay so Tiha nak sikit pasal novel yang Tiha baca tahun ni, ada novel lain tapi Tiha nak review novel bisik-bisik gelora yang diadaptasi sekarang ni kat kaca Tv3.. 

Bagi Tiha lah kan bisik-bisik gelora ni lagi better versi drama adaptasi daripada novel, sebab tiha rasa macam mengarut baca dalam novel sebab dalam novel tak diterangkan siapa yang buat jahat arumi dan jad masa tangkap basah tu atau tiha hanya baca sekali imbas dan terlepas pandang siapa orang jahat tu, setahu tiha kawan jad ugut jad dengan gambar bogel arumi dan jad.

Lepas tu dalam novel banyak perkataan salah, tau la mungkin lain dengan cetakan buku dengan pdf ni, tiha beli novel ni melalui online kat esentral, senang jimat ruang kalau beli bentuk pdf.

Lepas tu macam biasalah si hero main serkap jarang, si arumi pulak tak nak cerita hal sebenar.. Si Fakhri ni memang jahat betul, sanggup dia rogol perempuan memang tak berhati perut langsung, memang tak suka lah arumi dengan jad ni, si arumi boleh je cerita hal sebenar kat jad, jad pulak kurang cerdik. 

Tiha lebih suka tengok drama la dari baca novel bila baca tu rasa frust, mungkin expectation Tiha terlalu tinggi pada novel ni.

okay korang boleh baca sinopsis novel ni kat bawah: 

Bisik-Bisik Gelora by Fauziah Ashari | Goodreads