Talk to talk Allah best feelings ever

 Allhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi masih lagi disini untuk menulis,

Tiha meninggalkan jejak disini supaya Tiha dapat sebarkan manfaat pada orang ramai. 

Sejak kebelakangan ni Tiha sikit stres atau boleh diterima pakai perkataan 'burnout', siapa kata orang buat bisnes tak burnout pastinya 'burnout' tambah lagi Tiha dah kahwin.

dah tapi tak duduk satu rumah kiranya pjj la. rasa rindu je manjang, nak selalu suami ada disisi bila kita rasa stres, perlukan tempat meluah perasaan, setakat telefon atau whatsapp tak rasa sangat tambah lagi tempat suami duduk tu kerap terputus line.

Jadi pada siapa kita uruskan emosi dan juga nak meluahkan perasaan takkan pada mak, Tiha tak nak menyusahkan dan membebankan mak dengan masalah kita, cukuplah biarkan mak kita tenang dan mohon pada mak doakan kita itu saja.

Adik beradik? saudara mara? kawan-kawan? percaya ke kita pada mereka, nak bercerita boleh tapi mereka tak boleh selesaikan masalah kita, rasa lega hanya sekejap, lepas tu datang balik rasa resah gelisah tu, risau dorang terlepas mulut bercerita pada orang lain hahaha.

Tapi pada siapa harus kita bercerita, Tiada Lain Selain Tuhan yang SATU Allah, sebenarnya kita boleh bercerita pada Allah bila-bila masa yang kita nak, selain selepas solat, Sebelum ni Tiha tak tahu pun kita talk to Allah pada bila-bila masa. 

Bercakap pada Allah bukan kita bercakap saja-saja pada Allah tapi ada cara dia, kita mulakan dengan nama-nama ALLAH asmahulusna, mulakan dengan puji-pujian, yang layak menerima puji hanya Allah yang satu kita ni lemah, manusia yang lemah. 

Segala kebaikan kita dapat buat hanya dari Allah swt, sebelu tiha menulis tadi Tiha ada sedikit burnout, sedikit ada salah faham dengan suami, rasa sakit sedih sangat. Tiha ingatkan dengan apa yang guru-guru ajar, ustazah ajar, bercakap dengan Allah mulakan dengan nama-nama ALLAH puji ALLAH selepas tu luahkan pada ALLAH.

ALLAH Maha Kuasa korang, rasa lega sangat dapat bercakap dengan Allah, Allah Ya Sami' Maha Mendengar doa HambaNYA

Korang patut buat macam ni bercakap dengan ALLAH, kalau tak pandai macam mana nak mula boleh tengok ceramah-ceramah ustazah asma hussin, Ustazah selalu menggunakan nama-nama Allah.

Sekian saja dari Tiha semoga bermanfaat pada korang yang membaca, Tiha menulis disini sebab Tiha dapat meninggalkan jejak yang baik kat sini. 

Tiha terkejut dengan perginya penyanyi, pelakon, pengacara Adibah Noor secara mengejut, sebelum perginya beliau rata-rata netizen terkejut dengan gambar beliau yang nampak kurus, selepas tu selang beberapa hari terkejut dengan berita kematian beliau.

 Allah nak cabut nyawa tak kisah siapa pun dan bila Allah kehendak, sebab tu Tiha buat keputusan untuk meninggalkan jejak yang baik kat sini dan mana-mana paltform media sosial.

Semoga segala amalan kita Allah redha dan diberkati,

aamiin Ya Rabbal alamin.

oh ya lupa nak share korang boleh baca buku Talk To ALLAH karya Ayesha Syahira, bagus buku ni, cuma yang ni versi english, kalau ada versi bahasa melayu bagus ni.

Tiha Rofi.




No comments:

Post a Comment