Review Buku Jangan Sampai Ada dan Tiadamu Di dunia ini Tidak ada Bezanya
Assalamualaikum, salam sejahtera
Hari ni Tiha nak share buku yang saya baca ni, tajuk buku ni buatkan saya sentap, Tiha masuk kedai buku ni kedai buku ni famous la kat kelantan kedai buku SMO bookstores.
Smbil jalan-jalan tengok buku, kira macam Tiha tengah book hunting la, tiha mencari buku yang untuk dibaca. Bila Tiha tengok buku tu terus macam sentap sikit, tapi tak boleh baca dalam isi kandungan, cuma boleh sinopsis je.
Tapi Tiha tak beli teruslah, minggu seterusnya Tiha beli.. alhamdulillah dapat juga beli buku n, harga tak mahal pun, murah dan buku ni nipis je.. sesuai untuk bacaan santai, Penulis dari Indonesia dan nasib baik bahasa boleh difaham tapi saya rasa diterjemahkan dalam bahasa malaysia, ada juga sikit perkataan dari Indonesia, tapi takpe asalkan mudah faham.
Apa yang nak disampaikan dalam buku, kita jangan jadi yang biasa kerana penduduk bumi terlalu ramai. Dunia ni sedang memerhatikan orang yang luar biasa, supaya kita boleh meninggalkan jejak sejarah yang layak dikenang generasi akan datang(perkara yang baik-baik)
Bagi pemahaman Tiha menjadi luar biasa bukan bermaksud kita jadi kaya, penulis ada menceritakan tentang Ibnu Hajar menulis kitab Bulughul Maram agar dijakan panduan pada anaknya tapi kitab Ibnu Hajar ni memberi kesan manfaat kepada umat islam di dunia.
Macam orang ternama seperti Warren Buffet, Bill Gates dan juga Jacky Chan mereka tak mewariskan harta kepada anak, prinsip yang diajarkan kepad anak mereka iaitu jiwa berdikari, seorang anak mampu mencari wang sendiri.(Tiha terkejut baca bab ni biasanya mak ayah akan wariskan harta pada anak-anak, mencari rezeki untuk anak-anak supaya masa depan anak-anak cerah. Tiha pernah baca tak ingat dalam alquran ke atau hadis tak perlu risau akan rezeki anak atau kehidupan anak, sebab Allah akan jaga mereka.)
Penulis bagitahu dalam buku ni, cara Allah kurniakan rezeki bukan dari cara ajaib, tiha pun pelik juga apa maksud penulis ni. Bila go through maksud penulis, Allah swt kurniakan rezeki pada kita melalui usaha dan kerja keras, sebab Allah amat hargai potensi diri dalam manusia, manusia kan sebaik-baik penciptaanNya. Allah beri macam tu je rezeki sama macam meremehkan potensi diri manusia.
Ha macam tu la.. so sebaiknya kita nak sesuatu kena usaha dan diiringi dengan doa, yakin dan percaya pada Allah.
Dalam buku ni ada 3 bahagian dipecahkan dan dalam setiap bahagian dibawahnya ada bab-bab kecil:
Bahagian 1:
Hidupnya bermanfaat matinya bermanfaat
Bahagian 2:
Hidup Tidak Kenal Siaran Ulangan
Bahagian 3
Mengubah dunia Mengubah diri.
Tiha sebenarnya nak jadi orang biasa-biasa je, tak nak involve dalam hidup orang, nak hidup biasa-biasa je cari makan hanya untuk diri sendiri, tapi sebenarya hidup macam ni selfish kita tahu ilmu tapi kita tak share mana ilmu yang kita share bg manfaat pada orang dan kita boleh tinggalkan jejak kat dunia ni, dunia ni ladang pahala kita, ladang menaman benih, sementara akhirat adalah masa menuai.
Ni peringatan untuk Tiha penulis baitahu jangan bersedih jika hasil kerja tak dihargai, dan mengharap pujian, Nabi muhammad saw, Rasul , para sahabat, para ulama dan gologan tokoh besar terdahulu pun ad yang tak hargai kerja keras mereka malah ada yang dapat cacian, seksaan, mereka mungkin bersedih tapi tak lama, terus buatkerja dakwah, buat kerana Allah swt, begitu juga kita, berfikir macam mereka dan cepat-cepat beristighfar.
okay itu saja dari Tiha,
semoga bermanfaat 😃