Day 1: Journey to kurus

Alhamdulillah aku sudah berbuat keputusan untuk menguruskan badan aku. Bukan senang nak buat keputusan ni agak berat nak tinggal makanan-makanan kegemaran aku, makanan yang berlemak, berminyak macam makanan kat bawah tu

Wah tengok gambar aje begitu menyelerakan, meleleh air liur aku ni ha. Tapi aku tak gentar dan tak akan putus asa. Hari pertama tu mungkin agak payah sikit tapi takpe nak senang kena rasa payah dulu. 
Aku nak kurus bukannya nak cantik saja tapi nak sihat. Orang kata bila dah gemuk ni sarang segala penyakit. Usia aku masih muda lagi aku tak nak dapat penyakit muda-muda lagi. Banyak lagi perkara aku perlu buat kalau dah berpenyakit nak buat apa-apa pun rasa takde semangat.
Cabaran aku dalam masa sebulan macam-macam rintangan, cabaran yang bakal aku tempuhi nanti


Selain kena jaga makan aku kena juga exercise barulah betul.

Heloo october 2015

Pejam celik pejam celik dah nak akhir tahun dah. Dua bulan aje lagi nak masuk tahun 2016 cepatnya masa berlalu.

Dah nak masuk tahun baru tapi impian aku satu habuk lagi tercapai. Banyak sangat halangan sebenarnya banyak sangat alasan hehehe. Itu tak akan melemah semangat aku, aku akan tetap capai impian no matters what;)

Novel tersuka tanpa sengaja


Novel Tersuka Tanpa Sengaja



Novel tersuka tanpa sengaja dengar tajuk ni buat aku nak tergelak pun ada(hahaha memang aku dah tergelak dah pun), sebab pelik ada jugak ek orang tersuka tanpa sengaja, mungkin ada kot yang macam tuAku dapat tahu pasal novel ni pun sebab aku suka sangat godek2 blog yang suka review pasal novel-novel ni.
  
 Aku pun apa lagi baca online la tak beli lagi hahaha takut ada rasa kecewa tapi bila dah baca bab demi bab rasa nak beli pula novel ni kelakar sangat:) macam kiut aje. 
 
Nasib baik ada jumpa blog si penulis tu yang guna nama pena penakayu. Guna nama pena pun lain dari orang lain, unik. Novel ni adaptasi drama jugak.

Ha ni sinopsis dia:) sinopsis dia boleh baca kat sini



Sinopsis filem Langit Cinta

Lagi filem terbaharu lakonan Fazura, iaitu filem Langit Cinta manakala hero dia pula Keith Foo, tak sabar nak tengok filem terbaharu Fazura. 
Watak yang dibawakan oleh Fazura kali ini memang berbeza dari lakonan dia yang sebelum ini. Watak yang dibawakan oleh Fazura watak gadis desa. 
Filem ini berkisarkan tentang percintaan gadis desa dan jejaka kota.


Ini dia sinopsisnya; boleh baca kat sini 


Pengarah Langit Cinta: Osman Ali

Online boutique

Lama gila aku tak menulis, menulis untuk diri sendiri. Meluahkan isi hati yang terendam hahaha. Aku sibuk sangattt kot!! Haishhh nak buat macam mana kan.. 
Hmm apa yang aku nak tulis ek lately aku suka sangat beli online entah kenapa may be terikut-ikut dengan member aku sorang ni.. Dia pun suka beli online and one more reason aku malas nak pergi shopping hahaha disebabkan kesibukan aku nih. 
Yang paling aku suka tengok butik online ni calaqisya actually member aku yang suggest pasal calaqisya sebab pilihan warna dia memang cantik, warna pastel one more thing material kain yang dia gunakan tak perlu gosok. 
Selain dari calaqisya ada juga aku beli jenama lain hehe. 
    Ha satu lagi kita kena hati-hati tau bila beli barang secara online bukan apa mana tahu ada kes penipuan contoh barang yang sampai tu tak seperti ada dalam gambar kita rasa sakit hati, so kita kenalah berhati-hati tak boleh bantai beli aje
  **ni salah satu shawl by calaqisya

**ni salah satu blouse calaqisya

Resepi puding trifle

Antara desert yang paling senang dan paling aku suka iaitu pudding trifle. Memang senang sangat buat pudding ni tak rumit macam buat kek hehehe. Terima kasih kepada ynadiana.blogspot.com kerana berkongsi resepi ni. Jadi tanpa banyak kata ini dia aku sediakan resepi.


Bahan-bahan
lapisan bawah
- kek gulung

lapisan tengah
-1 tin susu cair
- 2 sudu besar tepung kastard
- air buah koktail (tapis buah untuk lapisan atas)

lapisan atas
-1 kotak kristal jelly (strawbery) 
-1 gelas air panas
-1 tin koktail buahan campuran

cara-cara ::

-hiris dan susun kek gulung pada lapisan bawah sekali.

-panaskan lapisan tengah sehingga menjadi pekat dan likat. Kemudian tuang di atas lapisan kek tadi sehingga kek tenggelam.

- taburkan koktail buahan keatas lapisan tengah. Campurkan kristal jelly ke dalam air panas dan kacau, setelah larut, tuang kristal jelly ke atas buahan tadi

-tunggu sehingga jelly dah keras dan boleh la di hidang, sedap di makan sejuk-sejuk. ~yum3~~~