Assalamualaikum.
Alhamdulillah syukur pada ilahi yang kita masih bernafas untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ni.
Tahun ni banyak tempat saya berjalan selain daripada Korea, saya juga pergi ke Pattani Thailand.
Saya memang tak sangka percutian ke Thailand memang best. Boleh dikatakan percutian 5 star hehe..
Tempat yang saya pergi ni kawasan perkampungan sikit, tapi bagi saya biasa je.
Saya pergi ni kebetulan ada wedding abang kepada kawan saya. So tempat tinggal dah memang dah ade tak perlu cari lagi jimat kos kat situ hehe.
Kami pergi ke Thailand dengan kereta
Kami melalui Sungai Golok Kelantan. Perjalanan yang makan masa 1 hari sebab kami bertolak dari Shah Alam.
Pffuf perjalanan yang agak mencabar nak naik kematu punggung
Roti canai versi Thailand
Malam pertama di Thailand hahaha. Kami singgah sebentar di Amphoe Sai Buri, kiranya tempat tu tempat persinggahan pada siapa yang berjalan jauh, stesen minyak ada, tempat makan-makan ada, pasaraya dll. Cukup lengkap la untuk traveler.
Hari keesokkannya hari wedding abang kepada member tu.
Kami sangat excited nak tengok macam mana wedding orang Thailand.
Muka pengantin takde muka kami je lebih hahaha.
Tempat pengantin perempuan ni agak jauh juga ambil masa sejam lebih juga la. Nama tempat tu Amphoe Nong Chik-Tuyong.
Makanan dia best juga.
Lauk kampung pun best!
Selepas ambik gambar, makan-makan, kami terus bertolak balik. So tinggallah pengantin baru kat sana hehehe.
Sebelum nak sampai ke rumah tu kami ada tempat persinggahan, Amphoe Yi-ngo. Kat situ ada gerai makanan yang sedap-sedap.
Salah satu tempat yang wajib korang singgah. Macam-macam jenis makanan yang rare cth laksa siam, abc, satay dll.
Satay siam.
Apabila bila sudah kenyang apa lagi sambung balik perjalanan kami, nasib baik ada tourist guide yang tak berbayar. Takde lah kami sesat.
Day 3.. Kami ronda-ronda kawasan kampung perghh tempat dia sangat cantik.
Kawasan perkampungan nelayan.
Kami ronda naik motor, dapat rasa anginh sepoi-sepoi bahasa.
Pemandangan cantik.
Malam tu kami sempat ke pasar malam dorang. Mereka panggil nat maksud dia besar.
Macam-macam makanan pelik kami cuba, naik kembung perut kami. Tapi rugi kalau tak cuba, harga pula murah-murah kami sangat teruja masa tu, nasib baik ada tea mix melegakan perut kami.
Malam tu juga kami merasa menaiki motor berkuasa tinggi, memang laju motor tu, hampir nak tercabut tudung hahaha.
Perasan yang tak boleh blah. Walaupun letih kami masih juga nak cuba naik kalau tak cuba sangat rugi.
Keesokannya pula day 4
Majlis menyambut menantu.
Waktu malam kami beraktiviti di Bandar Pattani.
Nak pergi ke sana kami naik motor je..
Sangat menarik suasana malam di Thailand.
Kalau korang pergi ke Pattani jangan lupa singgah ke Rindu kampung dan Roti & Tea Bloka.
Memang terbaik makanan dia memang sedap, kedai pun hipster.
Day 5
Kami meneruskan ekspedisi kami menjelalah Pattani, dengan berbasikal.
Habis lencun kami berpeluh pergi balik kayuh basikal 24km.
Pagi-pagi lagi dah keluar hirup udara segar. Inilah orang panggil gaya hidup sihat. Makan kena jaga exercise, ada coach bantu kita untuk turun berat.
Malam tu kami ke Samila Beach dekat Hatyai, tempat dia cantik sangat. Sebenarnya nak pergi Hatyai ni unplanned.
Last but not least, keesokannya sebelum kami pulang ke Malaysia, kami sempat juga singgah masjid Kerisik di Tanyong Lulo..
Masjid ni menyinkap banyak sejarah, dah 500 tahun usia masjid ni.
Masjid ni diperbuat daripada emas tau, tapi disebabkan kerasukan pihak penjajah habis dikikis emas ni, jadilah macam masjid yang tak siap.
Alhamdulillah sampai disini sahaja al kisah saya bercuti di Thailand, sangat seronok meninggalkan kenangan yang indah.
Kita kena luas permandangan kita dengan berjalan di tempat orang, barulah fikiran kita jadi tenang setelah pulang dari tempat itu.
Saya memang tak sangka percutian ke Thailand memang best. Boleh dikatakan percutian 5 star hehe..
Tempat yang saya pergi ni kawasan perkampungan sikit, tapi bagi saya biasa je.
Saya pergi ni kebetulan ada wedding abang kepada kawan saya. So tempat tinggal dah memang dah ade tak perlu cari lagi jimat kos kat situ hehe.
Kami pergi ke Thailand dengan kereta
Kami melalui Sungai Golok Kelantan. Perjalanan yang makan masa 1 hari sebab kami bertolak dari Shah Alam.
Pffuf perjalanan yang agak mencabar nak naik kematu punggung
Roti canai versi Thailand
Roti telur, roti pisang, milo dll
Hari keesokkannya hari wedding abang kepada member tu.
Kami sangat excited nak tengok macam mana wedding orang Thailand.
Tempat pengantin perempuan ni agak jauh juga ambil masa sejam lebih juga la. Nama tempat tu Amphoe Nong Chik-Tuyong.
Makanan dia best juga.
Lauk kampung pun best!
Selepas ambik gambar, makan-makan, kami terus bertolak balik. So tinggallah pengantin baru kat sana hehehe.
Sebelum nak sampai ke rumah tu kami ada tempat persinggahan, Amphoe Yi-ngo. Kat situ ada gerai makanan yang sedap-sedap.
Salah satu tempat yang wajib korang singgah. Macam-macam jenis makanan yang rare cth laksa siam, abc, satay dll.
ABC semua benda dia taruk roti, cincau dll
Satay siam.
Apabila bila sudah kenyang apa lagi sambung balik perjalanan kami, nasib baik ada tourist guide yang tak berbayar. Takde lah kami sesat.
Sedap
Cafe Amazon famous kat Thailand ni
Kawasan perkampungan nelayan.
Kedai hipster di kawasan kampung.
Pemandangan cantik.
Malam tu kami sempat ke pasar malam dorang. Mereka panggil nat maksud dia besar.
Macam-macam makanan pelik kami cuba, naik kembung perut kami. Tapi rugi kalau tak cuba, harga pula murah-murah kami sangat teruja masa tu, nasib baik ada tea mix melegakan perut kami.
Malam tu juga kami merasa menaiki motor berkuasa tinggi, memang laju motor tu, hampir nak tercabut tudung hahaha.
Perasan yang tak boleh blah. Walaupun letih kami masih juga nak cuba naik kalau tak cuba sangat rugi.
Keesokannya pula day 4
Majlis menyambut menantu.
Merenung ke luar jendela bila pula turn aku hehehe...
Waktu malam kami beraktiviti di Bandar Pattani.
Nak pergi ke sana kami naik motor je..
Sangat menarik suasana malam di Thailand.
Memang terbaik makanan dia memang sedap, kedai pun hipster.
Day 5
Kami meneruskan ekspedisi kami menjelalah Pattani, dengan berbasikal.
Habis lencun kami berpeluh pergi balik kayuh basikal 24km.
Pagi-pagi lagi dah keluar hirup udara segar. Inilah orang panggil gaya hidup sihat. Makan kena jaga exercise, ada coach bantu kita untuk turun berat.
Malam tu kami ke Samila Beach dekat Hatyai, tempat dia cantik sangat. Sebenarnya nak pergi Hatyai ni unplanned.
Habis satu family pergi, Samila Beach ni ada cerita dongeng tersendiri, nampak tak kat belakang tu ada patung emas berbentuk perempuan.
Itu sebenarnya ikan duyung menurut cerita ikan duyung pernah datang kat pantai dan bertemu seorang jejaka kalau tak silap mereka jatuh cinta, tak lama mereka bercinta jejaka itu hilang tinggal duyung tu keseorangan, tak berapa ingat kenapa ditinggalkan nak tahu lebih lagi sila google hehehe.
Last but not least, keesokannya sebelum kami pulang ke Malaysia, kami sempat juga singgah masjid Kerisik di Tanyong Lulo..
Masjid ni menyinkap banyak sejarah, dah 500 tahun usia masjid ni.
Masjid ni diperbuat daripada emas tau, tapi disebabkan kerasukan pihak penjajah habis dikikis emas ni, jadilah macam masjid yang tak siap.
Alhamdulillah sampai disini sahaja al kisah saya bercuti di Thailand, sangat seronok meninggalkan kenangan yang indah.
Kita kena luas permandangan kita dengan berjalan di tempat orang, barulah fikiran kita jadi tenang setelah pulang dari tempat itu.
No comments:
Post a Comment