Assalamualaikum
di harapkan semua sihat sejahtera belaka ye. Sekarang ni dah musim cuti sekolah, ke mana pula korang pergi bercuti? yang tengah cuti sem pergi bercuti kat mana? atau duduk kat rumah tengah membesarkan badan? hehehe saya pun pernah alami perkara tersebut duduk rumah je, 3 perkara kita akan buat tidur,makan dan tengok tv tak ada benda lain itu saja kerja kita.
Bagi yang tengah diet mesti seribu alasan yang korang cipta untuk tak nak diet, sebab tengah cuti, duduk kampung lah, mak suruh makan lah dan macam-macam lagi. Tak perlu salah sesiapa pun, bila dah tak nak tu macam-macam dalih kita bagi.
Diet tak perlu tunggu tak cuti atau cuti, jangan tangguh kalau tidak kita yang rugi. Ni dia tips diet bila kita bercuti:
1. Minum air kosong
- Jangan di lupa minum air kosong, kena ingat setiap 25kg berat badan memerlukan 1 liter air kosong. Air kosong ni sangat bagus selain menghilangkan dahaga, menolong kita kurangkan nak makan lebih banyak.
2. Makan ikut masa.
- Disebabkan asyik bercuti kita pun lupa nak makan ikut waktu. Jangan lupa perut kita perlu diisi walaupun kita sedang cuti.
3. Kurangkan saiz hidangan anda.
- Walaupun anda tengah cuti, tapi bukannya tiket pada anda untuk makan besar. Kalau dah teringin sangat anda boleh berkongsi makanan dengan famili anda.
4. Elakkan air berkabonat.
- Lebih baik anda elakkan air manis atau berkabonat, minum air yang manis tidak dapat menghilangkan dahaga anda seeloknya minum air kosong sahaja.
5. Sarapan
- Jangan skip makan waktu pagi, jika anda skip anda lebih cenderung untuk makan banyak pada waktu tengahari.
6. Sediakan snek sihat
- Sebelum anda bersiar-siar melihat pemandangan alangkah bagus anda dapat sediakan snek yang sihat seperti buah-buahan, tak adalah terasa nak makan benda yang mengarut.
Mudahkan tips diet ketika bercuti ni, jika anda dapat ikut tips ni, mana tahu selepas pulang anda dapat menurunkan sekurang-kurangnya 1kg, wah bukankah satu pencapaian yang sangat hebat!