Hai
Assalamualaikum hari ni saya nak cerita tentang metabolisme.
Apa itu metabolisme? Metabolisme adalah jumlah tenaga kalori yang tubuh badan kita bakar untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas.
Sebenarnya tubuh kita membakar bukan sahaja waktu senaman tapi ianya dibakar secara berterusan, semasa kita tidur, menonton tv dll.
Macam mana cara nak tingkatkan metabolisme ni:
1. Minum air secukupnya.
Setiap 25kg memerlukan 1 liter air kosong(WHO), Kalau tak cukup 1 liter air kosong macam mana nak tingkatkan metabolisme betul ke betul? Minum air kosong ni membantu badan anda berfungsi pada tahap yang optimum.
2. Makan.
Makan iya itu sudah semestinya, kalau perut anda berbunyi sebelum waktunya contoh 10 pagi itu kan antara waktu lepas sarapan pagi dan sebelum makan tengahari, itu tandanya badan memerlukan 'minyak'. Jika kita tak makan fungsi badan kita akan menurun dan kita mungkin akan makan berlebihan.
3. Tidur yang cukup.
Tidur perlu cukup untuk meningkatkan kadar metabolisme kita. Kekurangan tidur boleh membantut kebolehan tubuh badan kita membakar kalori.
4. Jangan stress.
Kalau kita stress boleh menggangu metabolisme kita. Sebab bila stress tubuh kita meningkatkan kartisol. Kartisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan jika berada situasi tekanan tinggi.
5. Teh hijau.
Mempunyai polifenol untuk menigkatkan kadar metabolisme. Kita boleh meminum 4 atau 5 kali sehari.
Oh ye saya Coach Pengedar Bebas Herbalife saya dah turun 26kg! Ada sesiapa yang berminat nak turun berat?
Just Contact Me!
No comments:
Post a Comment