Macam mana nak order barang Herbalife dengan online

Bagaimana untuk korang membuat pesanan produk herbalife secara online.


Korang nak buat pesanan produk Herbalife dengan cara mudah? Sudah pasti korang nak kan? Sekarang zaman serba canggih, moden ramai yang membeli belah secara online.. 

Dapatkan ebook resepi sihat coach teha turun 26kg

Warning! jangan beli dengan website lain seperti L*****, A***** dan lain-lain website yang dikatakan jual dengan harga murah. Iya memang murah tapi jangan harap la coach korang nak coaching korang, ajar cara makan dan sebagainya... Bukan apa Herbalife ni merupakan syarikat besar worldwide company, ada etika. 

Bahkan kalau korang beli dengan website lain korang tak boleh kumpul point atau dalam bahasa kami sebagai coach volume point. Tahukah korang, korang akan dapat banyak kelebihan, Herbalife ada banyak buat promotion. Untuk dapatkan promotion tu korang kena kumpul point. Jadi boleh sangat rugi korang beli produk herbalife di website lain. Dah la coach tak layan korang lepas tu korang tak dapat kumpul point pula, kan dah rugi? 

Setiap kali ada promotion jangan lepaskan peluang, tanya coach korang ada promotion ke tak bulan ni. Kalau ada cepat-cepat ambil peluang jangan sampai korang menangis sudah la.

Dapatkan ebook resepi sihat coach teha turun 26kg

Pada yang suka membeli belah secara online tu, jangan risau Herbalife pun ada menyediakan website supaya korang boleh beli secara online.. Beli produk Herbalife secara online memudahkan kerja kita sebenarnya. Tak perlu kita ke hq, bagaimana pula yang duduk jauh daripada hq tu sudah tentu korang susah nak pergi ke hq bukan? Macam mana pula coach kita berada diluar kawasan? produk kita tinggal sikit je parah macam ni. Disebabkan itu Herbalife boleh dibeli secara online.. Best kan?

Bagaimana nak beli online ni?

Mudah aje korang cuma ikut langkah-langkah tersebut..

Langkah 1

Daftar masuk ke https://my.herbalife.com dengan menggunakan ID Ahli & Kod pin untuk dapatkan kod pin korang boleh call hq.





Langkah 2

3 kaedah untuk membuat pesanan:
a. Senarai Harga Talian
b. Pesanan melalui SKU
c. Katalog produk.



a. senarai harga talian. (Pilih kategori untuk melihat produk)





Contoh: core product produk penting macam shake

masukkan kuantiti pesanan, dan klik butang "Tambah ke dalam Troli"

atau 

b. pesanan melalui SKU



Masukkan SKU produk, kemudian masukkan kuantiti yang anda ingin pesan bagi setiap produk.

atau 

c. katalog produk

Pilih kategori dari menu kiri, kemudian masukkan kuantiti yang anda ingin pesan bagi setiap produk, dan klik 'Tambah ke dalam Troli'

Langkah 3



Pilih kaedah penghantaran anda 
-Penghantaran atau pungutan,
-Bagi kaedah penghantaran, anda boleh menambah, mengedit atau memadam alamat penghantaran.
-Pilih lokasi pungutan anda.

Langkah 4 



Bayar dan keluar: Klik "Bayar dan Klik" untuk melengkapkan pesanan anda

No comments:

Post a Comment