Eskayvie Malaysia: Hiking Kota Damansara Community Forest Reserve

Hi everyone
Assalamualaikum

Cuti weekend korang buat apa? Pada siapa yang tiada aktiviti apa-apa yang nak buat tu cuba buat aktiviti seperti jogging, beriadah dengan family ke atau hiking aktiviti yang paling 'in' sekarang ni. hehe

For the very first time saya join hiking ni, sebelum tak pernah pun pergi. Ada je orang ajak pergi tapi hati tak tergerak nak pergi, tapi minggu lepas hati tiba-tiba tergerak nak join hiking. Itu pun kebetulan hari cuti Yang dipertuan Agong. Thanks for holidays kalau tidak tak dapat nak join hiking ni.

6 orang pergi hiking tempat hiking saya pergi ni sesuai sangat untuk orang newbis kubis. Saya memang recommended untuk orang beginners. Tempat tu berdekatan je dengan shah alam, tempatnya kat kota Damansara Community Forest Reserve, dekat dengan selangor Polo Club.

Selalu juga lalu kat sini tak sangka ada forest kat situ, tempat orang boleh berhiking kat situ.. ahakss Thanks kat dua orang kawan saya yang ajak berhiking ni. The best new experience for me, tak boleh lupa hampir seminggu juga tak boleh move on hehe.

Tempat ni paling senang, for newbis macam aku ni abg shah cakap kitaorang still boleh catch up dorang, thanks herbalife nutrition and herbalife sports.

kat bawah tu caption yang aku post kat instagram and facebook. Masa tu jalan licin sikit tetiba hujan pula tapi tak lebat sangat so perjalanan going smooth. Tambah lagi abang-abang gunung yang berpengalaman ada so tak risau sangat la. 

Korang kalau nak berhiking kena ada orang yang berpengalaman supaya senang korang, dorang boleh tolong korang if anything happen. One more thing bila korang buat any fitness activity korang kena cukup air, kalau tak cukup badan korang akan letih.

JATUH BANGUN BALIK.
.
.
Hiking is my new experience. Seriously best..Berkali2 den jatuh tapi still boleh bangun lagi sebab nak tahu apa rasanya tiba kat puncak. 
.
.
Ada group support, dorang banyak membantu. Sepanjang perjalanan fun abg sukun tukang buat lawak boleh pulak dia cakap aku jatuh macam superman kih3, adek pulak tak berhenti2 bercakap haha, on the way nak turun kaki pulak cramp dorang tunggu, tak tinggal pun malah dorang bantu lagi. Itu la siapa suruh tak cukup minum air kosong itu la padah nya 😂😂🤣
.
.
Abg shah bagitahu minum air tu je ubatnya kalau cramp. Bila nak sampai ke penamat aku jatuh lagi itu la penutup aku, dorang kata aku ni buat lawak 😑😂🤣. Lepas balik hiking penat tak terkata, rasa lenguh2 tu ada tapi biasa la kan.
tqtqtq adek, kak anna, kak cik, abg shah, abg sukun, abg shakar🙏 for support. 









abaikan muka-muka keletihan itu hahahaha



No comments:

Post a Comment