azam tahun baharu nak kurus?

Dah masuk bulan december kita ni wahhhh cepat masa berlalu macam mana pencapaian korang sekarang harap-harap ada yang turun ye insyallah.

Setiap nak masuk tahun baharu niat mesti ada yang pasang niat nak turun berat badan yang tak menjadi tahun lepas atau tahun-tahun sebelum ni..

Macam mana nak stay focus dengan azam kita ni. Setiap tahun tak menjadi kerjanya.. 

Buat langkah kecil setiap bulan.. tak susah sebenarnya start dari perlahan-lahan supaya kita dapat menyesuaikan diri kita.. 
cth: 1. saya akan makan buah dulu sebelum makan nasi(bagi mengelakkan makan banyak)
2. Kurangkan minum air berkabornat.
3. Tukar yogurt manis kepada plain yogurt.

Buat sikit demi sedikit insyallah boleh!

Tips kurus: elakkan tambah berat badan pada hujung minggu

Tips kurus: elakkan tambah berat badan pada hujung minggu

Macam mana nak elakkan pertambahan berat badan? kadang-kadang susah nak elak dari makan banyak bila ada banyak aktiviti makan dengan family, rakan-rakan dll.

Sebenarnya tak susah nak stay on track dengan diet kita kalau kita betul-betul berazam nak kurus, nak ubah gaya hidup kita. 

Lebih baik cheat meal daripada makan sepanjang hari(cheat day). Sibuk sepanjang hari pada hari biasa pada hujung minggu tak salah kita cheat meal. Elakkan cheat day, menakjubkan kita boleh naik berat badan dalam masa yang singkat, penurunan berat badan perlukan masa dan dedikasi. Saya selalu nasihatkan coachee saya sebelum dapat ideal weight jangan cheat day lagi, boleh cheat meal. 

Kita harus plan betul-betul pelan pemakanan kita pada hujung minggu supaya stay on track dan tak tambah berat badan pada hujung minggu.

1. Jangan skip meal.
-terutama sarapan pagi dan malam, sebab tak nak naik berat badan kita skip meal kita.. tak elok untuk penurunan berat badan kita.. Gula dalam darah akan turun kalau kita berlapar dan tenaga makin berkurangan dan kurang konsentrasi.

2. Snek 
Dapatkan snek yang kaya dengan protein yang boleh buat kita kenyang, dan elakkan kita makan secara berlebihan.

3. Stay active 
-waktu hujung minggu takde alasan korang tak aktif, lakukan aktiviti riadah bersama keluarga dan rakan-rakan.

4. Minum air.
-hujung minggu tiada alasan untuk skip minum air, minum air kosong membantu kita elakkan makan banyak.

5. Menari!
-bantu untuk burn calories dan memberi mood yang baik pada badan.

Harap tips ni dapat membantu, pejam celik pejam celik bulan nov dah nak habis woaaa azam kurus korang macam mana dah berjaya ke? 


Tips kurus pada musim cuti

Assalamualaikum dah masuk musim cuti kita ni, eh ke dah cuti macam-macam aktiviti makan-makan akan berlangsung. Macam mana nak kurus kalau asyik makan dan cuti.. pening kepala fikir pasal benda ni nak kurus tapi pada masa yang sama nak makan.. Kena berkorban la sikit ya nak kurus tapi tak nak tinggalkan makanan yang berlemak, berminyak bersantan etc..

Tips kurus sepanjang waktu cuti.

1. Sabar (ha ni ramai yang susah nak buat proses nak turun berat badan ni bukannya berlaku 2-3 hari makan masa jugakkk tu)

2. Ajar anak-anak makan makanan yang sihat. (sepanjang waktu cuti ni ajar anak-anak makanan yang sihat, elakkan dorang makan makanan frozen, fast food, processed foods etc yang tak sihat).

3. Pastikan korang cukup minum air sebelum korang pergi kemana-mana majlis yang ada makan-makan.

4. Lakukan aktiviti riadah( lakukannya dengan keluarga.. mulakan gaya hidup yang sihat, kurangkan aktiviti berjalan dalam mall, bawak keluarga kita menikmati hutan semulajadi, korang boleh ajak dorang hiking, cycling jogging atau apa-apa aktiviti sihat.

5. Istiqomah( setiap perkara yang kita buat konsisten at least 21 hari, insyallah usaha kita berbaloi)

Take care everyone pada musim cuti ni plan betul kalau nak pergi mana-mana. Jangan plan to fail pula.

Crazy Sales lazada

Crazy sales lazada..

Wowww lazada buat sales banyak pula tu.. memang rambang mata tengok, saya pun salah seorang pembeli online suka sangat beli secara online just pilih apa yang kita nak lepas tu buat pembayaran. Bayar pun secara online tak payah susah, ada juga seller yang buat COD pun senang.
Tapi nak beli online korang kena hati-hati takut barang tu broken apa ke. Kalau kita dah yakin tu takde masalah la beli je la.
Satu je saya nak pesan elakkan beli barangan herbalife kat lazada atau mana-mana website kalau nak beli direct ke hq terus.. sebab kita mana tahu produk tu elok lagi ke tak, expiry date (bila dah expire rasa pun dah tak sedap), lagi penting kena tahu cara makan macam mana kena ada coach yang dapat membantu kita. Memang harga yang dijual tu murah tapi korang kena fikir faktor2 kat atas sebelum korang membeli.

Tanda kita kurus sebelum 2018

Siapa yang kat sini berazam nak kurus sebelum 2018? 
Dah bersedia ke nak masuk 2018? diharapkan semua dah bersedia ya..
Ramai yang pasang niat nak kurus tapi action takde maka terjadilah diet 365 hari.. diet sepanjang tahun tapi tak kurus-kurus pun..

5 Tanda kita makin kurus:

1. Baju yang ketat dah makin longgar.
2. Rasa bertenaga.
3. Bila nak tangga tak rasa mengah-mengah.
4. Mudah nak kawal selera makan.
5. Tidur lena dan mudah untuk bangun dari tidur.

Jadi pada sesiapa yang pasang niat nak turun 3-7kg sebelum 2018 jangan segan silu whatsapp saya 017-9643697

Eskayvie Malaysia: Jenis workout bagi yang sakit lutut

Assalamualaikum

salam sejahtera

Dah masuk pertengahan bulan november dah kita ni.. sikit je lagi nak masuk tahun baharu 2018, persediaan korang macam mana. Kita kena ready fizikal dan mental, tak tahu lagi cabaran yang akan datang tapi walau apa-apa pun just be present moment.. hayati setiap moment yang ada ni.

Ada kat sini yang mengamali cabaran kesihatan seperti sakit lutut tak? nak exercise tapi ada limitation disebabkan sakit lutut.. 

Jangan risau korang still lagi boleh exercise tapi berpada.. jangan terlalu paksa kaki tu, kemungkinan lagi teruk sakit tu..

Contoh hari ni korang nak buat leg day boleh tapi kena gentle dan slow landed.. tak perlu rush, kasar dan hardcore sangat..

Dan pada siapa yang beranak ceaser tu boleh korang buat exercise tapi pada yang masih baru tu..lebih baik jangan la, nanti tempat jahitan tu makin parah pula..buat senaman yang lain contoh kardio yang tak melibatkan bahagian perut korang tu..

Buat yang ringan-ringan sudah la..jangan bahaya kat diri..tak kisah korang ada cabaran kesihatan yang lain, paling penting work on nutrition, jaga pemakanan korang tu senaman hanya 20% je.. pemakanan tu penting..

 exercise bagai nak rak tapi bab makan kelaut..Siapa yang susah diri sendiri yang complain berat badan naik..

Nutrisi yang baik dapat membantu menguatkan sistem immune kita

Assalamualaikum

Selamat sejahtera

Siapa kat sini ada masalah sistem immune, selalu sangat rasa nak demam, selesema tiap-tiap hari tak bermaya. Apa yang menyebabkan korang ada masalah ni?
Salah satu faktor kenapa kita senang diserang sebab kita kurang nutrisi yang baik.
Kita ingatkan faktor luaran kita ada masalah ini tapi sebenarnya tak masalah dalaman kita. Perlu cepat-cepat berusaha memperbaiki masalah ni... nanti boleh bawa kesan lain pula.. makin menyusahkan diri kita nak buat kerja pun tak senang.

Sistem immune yang kuat bergantung pada pemakanan yang sihat.. So apa pemakanan seharian korang? Fast food ke? Kita perlukan pemakanan yang sihat untuk melindungi dan mempertahankan sistem immune kita.

Sistem immune kita ni ada ‘pasukan gerakan’ yang mempertahankan diri kita daripada virus dan bakteria jahat yang berbentuk sel darah putih. Sel ni dikeluarkan oleh protein yang dipanggil antibodi yang melawan bakteria dan virus jahat.

Herbalife is everywhere; I’m Herbalife Coach


Assalamualaikum 
Salam sejahtera 


                         Sesi follow up dengan coachee saya kak watie

Semalam saya pergi follow client saya dekat Jalan kelang lama.. kak watie namanya, kak watie ni orang Indonesia dah lama kak watie kerja kat sini

Dah berpuluh tahun tinggal kat sini dengan suami, anak-anak pula tinggal kat Indonesia masih bersekolah.. Bangga dengan semangat akak ni demi anak-anak sanggup jauh merantau mencari rezeki.. begitu lah pengorbanan ibu bapa kepada anak-anak.
Saya jumpa kat watie melalui Facebook sebab saya tag location pejabat herbalife, selalu juga saya ke sana.. sebab clients ramai yang nak nutrisi best ni

Sama macam akak ni tertarik dengan nutrisi herbalife.. Kak watie ni tak gemok sangat pun tapi lemak dia tinggi, kurang sihat dan tak bermaya.. Alhamdulillah selepas amalkan nutrisi pagi tiap-tiap hari beliau semakin bertenaga..
Cuma dalam 2-3 bulan ni kak watie stop kejap.. bila stop sekejap dan kembali kepada tabiat pemakanan yang sama.. memang berat naik la.. 
So semalam kak watie start balik nutrisi herbalife ni.. sayang kalau tinggalkan nutrisi herbalife ni.. rasa tak lengkap tiap-tiap hari.. 

Testimoni: Wanita berumur pun boleh lose weight

Testimoni: Wanita berumur pun boleh lose weight

Assalamualaikum 
Salam sejahtera 

Siapa cakap yang orang yang berumur tak boleh dapat berat badan ideal. Yelah bila dah berumur metabolic rate kita menurun, hormon pula berubah.. tapi takde yang mustahil kalau kita bersungguh-sungguh nak dapat berat badan ideal mesti ada jalan.. Kita ikut betul-betul program yang diberikan oleh coach, usaha kena lebih la dari orang muda..

Contoh akak kita yang sorang ni saya panggil dia kak zz pangilan glamour gitu..




Siapa sangka beliau boleh turun berat badan dalam kalangan kami dia paling berumur tapi beliau tetap boleh turun berat.. 
Beliau ada cabaran kesihatan, iaitu sakit lutut, nak solat pun guna kerusi padahal belum masuk umur 60 atau 70 tahun, umur macam tu kita faham la sakit lutut tapi beliau tak masuk 50 tahun je lagi dah sakit lutut. Berat toksah cerita la tahap obesiti.. 
Kak zz ni suka makan, beliau selalu ambik heavy breakfast, tak elok kita ambik sarapan pagi berat-berat..paras gula dalam darah akan naik mencanak..akibatnya rasa mengantuk,letih tak bermaya..
Beliau tak pernah ambil kisah pasal pemakanan..tapi bab kecantikkan muka beliau memang laju...

Sapo oyak ore dah berumur tokleh dapat berat badan ideal.. selepas beliau tukar sarapan pagi dan malam dan lunch alhamdulillah dah turun 8kg sebenarnya dah lebih 10kg..




Eskayvie Malaysia: Tips rambut lebat dan cantik iaitu diet yang sihat

Tips rambut lebat dan cantik iaitu diet yang sihat

Assalamualaikum
Salam sejahtera

Dah masuk bulan november kita ni! lagi satu bulan nak masuk tahun baru yeayyy tak sabar nak masuk tahun baharu ni..
Persiapan korang macam mana untuk tahun baharu ni nanti.. harap korang ready la ya.

Hari ni nak bagi tips rambut cantik dan lebat.. semua orang ada masalah rambut gugurlah, rosak dll termasuk saya.. tapi tahu tak korang diet yang baik main peranan dalam rambut yang sihat, cantik..

Kat luar sana banyak sangat produk nak bagi rambut kita kekal sihat, cantik cth syampu, pelembap, gel, spray dan banyak lagi yang kita tak tahu..

Tapi tahu tak korang yang penjagaan dalaman main peranan penting untuk kesihatan rambut kita. Merupakan satu pantulan kita mengamalkan diet yang sihat so rambut kita mesti sihat kan?

Diet yang sihat termasuk dalam pelbagai nutrient, protein, vitamin dan minerals meningkatkan lagi kesihatan rambut kita.

Rambut yang sihat iaitu rambut yang lebat, melantun, senang diurus, selembut sutera. Apa yang penting untuk mencantikkan rambut? Protein.

Rambut kita ni terdiri daripada protein yang di panggil keratin. Keratin ni daripada kelurga protein yang merupakan komponen penting rambut, gigi dan kulit. Rambut dianggarkan 95% daripada keratin.

So kita sangat-sangat perlukan protein yang cukup untuk pertumbuhan rambut yang sihat. Pakar nutrisi herbalife Susan Bowerman, “perempuan bila diet mereka kurang pengambilan protein, dan sepatutnya kita harus lebih beri perhatian kepada pengambilan protein.”

Banyak juga kajian faktor keguguran rambut sebab kita tak cukup protein. Orang buat crash diet selalunya kurang pengambilan protein dan kurang nutrition dalam makanan boleh merosakkan rambut dan masalah keguguran rambut.
Untuk rambut cantik protein kena cukup contoh protein telur, ayam, ikan, tauhu, tempe.

Minerals contoh zat besi, copper, magnesium dan selenium sangat membantu untuk pertumbuhan sihat rambut kita, sama juga macam vitamin E, D dan C. Nutrient ni sangat penting untuk pengeluaran keratin. Pengambilan multivitamin jangan lupa ambil setiap hari.. 

Penjagaan luaran untuk rambut pun perlu dititiberatkan pilih yang ada vitamin untuk rambut kita, kandungan yang semulajadi contoh shea butter dan aloe vera bebas kimia, sulphate free dan paraben free.

Rambut kita akan cepat panjang kita cukup protein dan kerap membuang air besar sebab kita buang sisa toksin yang tak diperlukan.

Jangan sikat rambut ketika rambut basah, sebab rambut boleh rosak.
Pastikan conditioner tak kena pada kulit kepala sebab boleh gugurkan rambut.

Diet yang sihat lead kepada kulit yang sihat dan rambut yang sihat..