Panduan hiking untuk newbies: I’m herbalife coach

Assalamualaikum

Salam sejahtera

Hiking antara aktiviti keluar peluh yang paling 'in' untuk muda mudi zaman sekarang.
Hiking merupakan aktiviti berjalan kaki untuk melihat panorama yang indah.
Pada siapa yang baru nak mencuba tu kena ada panduan jangan main redah je.
Jom ikuti panduan dibawah untuk Newbies 

1. Buat research.
Untuk para newbies sebelum nak berhiking tu buat research dulu, berapa tinggi gunung atau bukit tersebut. Jarak perjalanan dari tempat mula hingga akhir. Dah tahu semua tu barulah kamu boleh plan untuk memulakan perjalanan, tak la kita kalut nanti jika apa-apa yang akan berlaku semasa perjalanan.

2. Ikut orang berpengalaman 
Untuk newbies seeloknya follow orang yang ada pengalaman, mereka lebih tahu dan mahir selok belok kawasan tersebut. Jika apa-apa yang berlaku mereka tahu cara nak handle, mereka boleh bantu kita apabila dalam kesusahan. Korang boleh join kelab-kelab hiking yang ada dalam group tu pasti ada orang yang berpengalaman.

3. Kekal hidrasi
Perjalanan yang agak panjang dan banyak liku-liku yang perlu ditempuh kita akan cepat dehidrasi, peluh akan lebih banyak keluar. Seeloknya kita bekalkan cukup air agar kita tidak mengalami dehidrasi, cukup air membantu kita untuk meneruskan perjalanan kita.
Cukup hidrasi mampu mengelakkan kita daripada kejang otot.

4. Kasut yang sesuai 
Kasut yang selesa dapat memastikan perjalanan kita berjalan lancar. Pastikan kasut tersebut tidak haus tapaknya,  perjalanan ke sana mungkin mempunyai jalan yang licin dan tak rata sangat memerlukan tapak yang baik. Pilih kasut yang sesuai untuk hiking jangan tersalah pilih!

5. Ikut kemampuan!
Pilih gunung atau bukit mengikut level fitness, yang baru nak berjinak-jinak tu pilih mode paling rendah. Jangan nak berlagak pilih yang hardcore kelak badan kan merana. 



That's all from saya, saya bercakap mengikut pengalaman saya yang pernah naik bukit. 


Nak kurus sebelum tahun 2018 whatsapp saya 017-9643 697 (teah)

No comments:

Post a Comment