Tidur nyenyak: rehat cukup dapatkan tips diet yang betul
Korang ada masalah untuk tidur malam? Ini kemungkinan diet korang yang salah.
Memang tak best la tak boleh tidur malam, sebab keesokkan pagi kita nak pergi kerja. Macam mana nak buat kerja kalau tidur, rehat tak cukup.
End of the day kita jadi moody sebab badan kita tak nak kerjasama dengan.
Ini adalah salah satu sebab faktor pemakanan kita yang tak seimbang. Gaya hidup yang tak betul.. makan nak on the go je tapi belum tentu sihat macam restoren fast food kat luar tu..
Salah diri sendiri la kan.. tapi takpe tak terlambat lagi kita nak ubah gaya hidup kita.. macam omputih cakap better late than never
Orang yang selalu tidur lambat ni lebih cenderung nak makan, perut terasa lapar. Kalau kita makan makanan yang elok ok juga tapi kita selalu nak makan junk food, yang sweet.. kesian kat badan kita malam-malam nak proses badan kita.. sepatutnya badan kita kena berehat..
So untuk tidur lebih lena.. kita jaga pemakanan kita..makanan yang mempunyai nutrisi yang berkhasiat untuk kita..
-portion makan malam bersederhana
tidur dalam keadaan perut yang penuh membuat perut rasa tak selesa dan lead to masalah penghadaman.
-Jangan lebih lemak dan protein semasa makan malam
makanan yang berlemak ambil masa yang lama untuk hadam, makanan yang rendah lemak kita lebih cepat nak hadam. Karbo yang sihat meransang kimia dalam otak kita supaya lebih relax dan lebih senang nak tidur. Kalau kita ambik protein tinggi waktu malam kimia dalam otak kita akan meransang diri kita lebih alert. Untuk waktu malam korang patut ambik karbo yang sihat, sayur-sayuran, buah, bijirin penuh, kacang, hidangan kecil untuk protein.
-elakkan penggunaan kafein
kafein boleh kacau atau ganggu pola tidur kita.. dari elok-elok tidur nyenyak tetapi terlalu kerap ambik kafein tidur boleh terganggu.
-kurangkan minum air pada waktu malam..
kalau kita terlampau sangat minum air pada waktu malam, boleh menggangu tidur kita.. lebih kerap ke toilet la nanti.. so kalau nak minum air yang banyak kalau boleh minum waktu siang..
No comments:
Post a Comment