Salam sejahtera
Apa itu eat clean? Adakah anda betul-betul faham apa itu eat clean? Eat clean atau dalam bahasa melayunya diet bersih,Tasco Reno, individu yang bertanggungjawab mempopularkan diet ini, definisi "Eating-Clean" sebagai memilih makanan yang menghampiri fizikal asalnya, tidak diproses dan dicampurkan dengan bahan-bahan yang lain. Contoh tomato adalah makanan yang "clean" tapi tidak pada sos tomato. Untuk pemprosesan tomato menjalani pelbagai proses, dicampurkan dengan bahan-bahan kimia yang lain. Tapi anda tahukah cara macam mana nak eat clean dengan betul. Jom ketahui tips ini.
1.Menghadkan pengambilan makanan proses
Jika anda lihat pada gambar burger di atas sudah tentu patti daging burger tu telah di proses. Tahukah anda makanan proses mempunyai lebih sodium, gula dan lemak. Lebih jika anda pandai baca label yang ada pada plastik makanan tersebut. Untuk mengelakkan anda membeli makanan proses, anda boleh masak sendiri makanan versi sihat contoh daging burger boleh dibuat hanya di rumah sahaja.
2. Sayur-sayuran
Sayur kaya dengan vitamin contoh vitamin, yang sangat penting untuk penglihatan dan fungsi imun dan vitamin K dimana untuk kesihatan tulang. Sayur juga kaya dengan serat boleh membuatkan anada lebih kenyang. Malah sayur rendah kalori, jadi anda boleh makan tanpa merosakkan diet anda.
3. kurangkan lemak tepu
Anda boleh menggantikan lemak tepu kepada lemak sihat. Lemak tepu seperti mentega, keju dan daging, lemak ini boleh diganti dengan lemak sihat contoh minyak zaitun, minyak kanola, kekacang dan ikan. Lemak yang sihat baik untuk jantung dan boleh membantu meningkatkan kolestrol HDL yang baik untuk anda. Manakala lemak tepu meningkatkan risiko sakit jantung. Boleh menukarkan mayonis ke pada avokado pada sandwich anda.
4. Kurangkan pengambilan gula
Kebanyakkan orang ramai suka makanan yang gulanya tinggi. Persatuan Jantung Amerika mencadangkan 6 sudu teh sehari untuk wanita bagi lelaki pula 9 sudu teh sehari. Kurangkan pengambilan gula dengan menghadkan air bikabornat, gula-gula dan kek. Anda juga harus berhati-hati dengan makanan sihat yang mungkin mempunyai gula tambahan seperti yogurt(lebih baik anda pilih yang tiada gula tambahan).
5. Kurangkan pengambilan garam
No comments:
Post a Comment