Sayangi diri anda..

Assalamualaikum, hai
Coach teah here

Apa khabar semua, coach harap korang semua happy2 aja..

Coach nak sentuh sikit mengenai sikap kita terhadap diri sendiri.. Kebanyakkan orang kat luar sana sangat tak puas hati dengan diri sendiri.

Sometimes tu rasa diri tak cantik, bodoh, tak pandai.. Kenapa boleh berfikir macam tu sedangkan tuhan jadikan kita ni manusia sebaik-baik kejadian..

Apa yg kita fikir, ungkapkan, rasa, tulis tu segalanya adalah doa..

Kita fikir dan rasa kita ni cantik orang lain pun dpt rasa kita ni cantik sebenarnya..

Sama juga tentang isu bentuk badan tak perlu nak ubah badan tu dgn plastik surgery bagai..kita hanya perlu ubah gaya hidup kita lebih sihat.. Itu aje
Jaga pemakanan
Cukup minum air kosong
Exercise

Insyallah kita akan dpt result best, badan rasa best, happy aje, ceria takde stress..stress boleh menyebabkan kita lagi gemok..bahaya tau kalau dibiarkan.

Kesimpulan coach sayang diri sendiri..jangan biarkan kita sabotaj diri sendiri.. Kita ni insan luar biasa kot.

Rezeki ada dalam macam~macam bentuk

Hai
Assalamulaikum

Coach Teah here,
Hari coach teah tak cerita mengenai tips2 diet ya.. Coach nak sharing mengenai rezeki.

Rezeki bukan aje datang dari segi duit ya, makanan itu rezeki, anak2, family.. Bukan ke tu rezeki, jangan kita dustai nikmat Allah bagi kat kita tu ya.

Makin banyak kita bersyukur makin banyak nikmat Allah bagi dari bentuk yg kita tak sangka.

Coach rasa macam tu, Ya Allah rasa best sangat perasaan tu.

So walaupun kita takde duit sekalipun bersyukur dengan tubuh badan kita yg sihat, still boleh buat kerja..

Sebenarnya bukan kita takde duit tapi kekurangan duit je.. Kalau kita dok asyik fikir takde duit insyallah memang kita takde duit la.

Sekian tazkirah dari saya..hehe
Semoga Bermanfaat

Apa motivasi saya untuk kurus?

Assalamualaikum
Hai
Coach teah here,

Setiap orang mesti ada sebab tersendiri utk kurus, korang pun mesti ade kan? Sama juga macam coach ada sebab kenapa nak kurus..

Coach dulu orang selalu sangat mengata coach gemuk..dah la gemuk busuk pulak tu, tak lawa.. Sampai coach rasa diri coach tak guna.. Coach sampai sanggup skip tak makan sebab nak kurus tapi tak tahan sgt lapar malam coach makan..

 Mak coach suruh coach diet, mak siap beli fiber utk kuruskn badan rasa dia mmg tak sedap langsung.. Smpai tercirit pukul 3~4pgi coach bangun xleh tido sbb nak membuang, memulas pulak tu

Alhamdulillah, allah dengar doa coach.. Coach pun join program advanced ni mmg best dgn ade group support, meal plan utk 30hari, combo workout..

Coach dapat turun 2kg dalam masa seminggu alhamdulillah... Dah turun 26kg..
Coach mmg ade big why coach, coach nak sihat nak fit, boleh pakai baju cantik, utk org gemok skrg ni mmg ade baju size xl tapi coach tetap nk kurus sebab tak nak nampak bonjolan, mmg tak cantik..

Walaupun kita dah tua tetap nampak fit dan sihat dan juga awet mudaa. Haaa itu yang coach nak.. Korang tak nak ke macam tu?

Stop scroll ig makanan boleh buat kita kurus?

Assalamualaikum
Coach teah here..

Lama dah tak bersiaran..hehe

Apa khabar semua..
Kita ni dah pertengahan bulan dah
Kalau yang tgh on program tu semoga takde yg cheat lagi la ya.. Tunggu turun 5-7kg baru la blh treat meal.

Alhamdulillah group support intake oktober sangat2 havoc mana tak nya dapat makan nsi lemak sihat, meal plan yg awesome tapi boleh kurus haa best kan?

So pada siapa yang nak kurus tu pada tahun ini jugak stop kan scroll ig makanan mmg la sedap makanan tu buat kita terliur je.. Tapi bukan ke kita ade big why nak kurus.  Jangan sia2 kan peluang ni.

Bila korang dok asyik tengok ig makanan tu sah2 la korang teringin nak makan kat, smpai sanggup beli bahan2 nk masak, atau pergi ke kedai viral semata2 nak makan, rasa2 bukan sedap pun buat bazir duit je.. Baik duit tu belanja utk makanan sihat korang.

So before buat pape kena bertenang dulu,, jangan tergopoh gapah, lepas tu menyesal aku tak kurus2 pun.

Tak makan breakfast boleh kurus ke?

Hellooo
Assalamualaikum

Coach teah here.
Hari ni coach nak cerita sikit mengenai skip sarapan pagi..
Ramai yang dok ingat tak breakfast, tak makan means diet.. Ni coach bagi tazkirah sikit diet yang seimbang maksudnya makan dan makan ikut keperluan badan, mempunyai zat dan nutrisi..

Coach kalau tak makan bukan boleh kurus ke? YES memang boleh kurus tapi kurus mendadak dan kurus tak cantik, menafikan zat nutrisi yang diperlukan oleh badan.

Nak breakfast pun perlu ambil yang sihat yang cukup macros..not to heavy cth roti wholemeal + peanut butter.. Banyak lagi breakfast yang sihat kalau kita nak.
Kalau nak seribu daya.

Semoga breakfast yang betul
Semoga bermanfaat.

Kebaikan Crash Diet?

Assalamualaikum
Hai Coach Teah here.

Orite hari ni Coach nak share sikit mengenai crash diet ni.. Apa yang korang tahu pasal crash diet ni? Adakah crash diet ni membantu korang kurus? Ade effect tak?

Ha sebelum nak diet pape kena la do some research.. Jangan la diet semberono mcm tu je..

Crash diet atau diet mendadak ni betul2 ekstrim..  
  • Pengambilan kalori harian adalah 1000 kalori atau kurang
  • Defisit kalori 50% atau lebih(contoh: DCR anda ialah 2500, tetapi anda hanya mengambil 1250 kalori atau kurang dari itu.
~info kevinzahri blog~

Memang crash diet ni dapat turun berat badan cepat pulak tu.. Turun mendadak gila2.. Orang sekeliling pun boleh perasan..dan dorang perasan kita kurus nampak lebih cantik atau tak.. 

Bukan saje kita hilang lemak, tapi otot, air zat nutrisi takde dalam badan..kita menafikan keperluan badan kita.. Tak kesian ke kat badan sendiri.. Bila turun mendadak naik pun akan mendadak kalo kita tak maintain kan berat badan kita ni.

Turun berat badan senang tapi nak maintain tu.. Ha so kena carilah diet yang betul2 baik utk badan kita bkn saja utk masa sekarang tapi bg kebaikan utk masa tua akan datang.

Diet yang baik juga tak berlaku sembelit ya sistem pembuangan kita sangat elok bila lakukan diet yang baik.

Itu saja share dari Coach.
Semoga bermanfaat xoxo


Perut jadi sebu bila makan banyak

Hai
Assalamualaikum
Coach teah here.

Happy weekend everyone, so macam mana today ade cheat tak..well time cuti is not a ticket korang untuk cheat day tau.

Coach nak pesan la seeloknya jangan cheat day selalu baru turun 5kg dah nak cheat day tak disyorkan okay..

One more thing perut akan jadi tak selesa if dalam satu hari makan yang mengarut, lepas tu tak membuang..lagi la tak elok..so the best coach blh suggest minum air secukupnya utk detoks.

So coach berharap sangat korang jgn dok cheat day sangat.. Turun korang ideal weight boleh la nak cheat day.

Bye,
Semoga bermanfaat.

Turun berat badan secara online Intake October sedang berjalan

Assalamualaikum
Coach teah here,


Coach happy sangat sekarang dah masuk bulan october ni.. So bermulalah journey peserta intake october untuk turunkan berat badan yeayyy...

Group Coaching sekarang ni sangat2 meriah..masing2 duk upload makanan masing2 dari breakfast hinggalah ke dinner baguskan? Semangat yang ini kita mahu..

Bila kita duk dalam group yg ingin berjaya insyallah kita pun akan follow jgk.. Kita pun ada impian nak berjaya jgk kan?

Impian nak sihat dan fit insyallah korang dapat siapa yang tak follow momentum ni akan rugi sangat2.

Hiking Di Bukit Sapu Tangan Untuk Beginners?





Hai Assalamualaikum 
Tiha here

Hari ahad lepas geng Tiha luangkan masa bersama pergi Hiking di Bukit Sapu Tangan berdekatan Puncak Alam.. Memang best pengalaman kali ni

Bukit ni memang sesuai untuk beginners.. kalau pergi ramai2 memang best..

Oke Tiha nak share serba sedikit tips hiking untuk beginners:

Pertama, Kasut 
Bahagian paling penting sebab bila tapak kasut licin, memang mudah sangat nak tergelincir, kasut sports macam running memang tak sesuai, kena cari kasut utk hiking boleh cari kasut rubber utk orang hiking kat diy ada kalau tak silap.

Kedua, cukup bekalan 
Makanan dan air perlu cukup, hiking memerlukan tenaga yg lebih bwk la roti atau pisang kita prepare kalau sesat sampai ke petang, makanan menambahkan kembali tenaga kita.

Ketiga, perlu ada rakan yg berpengalaman mengenai hiking, kalau newbies tu elok la kalau pergi org yg ade pengalaman, org yg ada pengalaman ni tau selok belok hutan.. Dan selalunya dorang dah prepare brg emergency utk kita.

Keempat, kalau newbies cuba untuk bukit2 yg level dia sama macam kita, bkn level tinggi, dgn preparation before hiking xde terus kita nk jump ke level tinggi...keesokannya korang akn dpt kesan lenguh satu badan..

Orite itu saja sharing dari Tiha, 
Semoga bermanfaat.

Masih Ada Harapan Lagi Untuk Azam 2018?

Hai Coach Teah Here..
Assalamualaikum.

Bulan september hampir untuk melabuhkan tirai. Macam mana azam korang dah tercapai ke? Coach bukan nak cerita pasal turun berat badan aje..tapi keseluruhan..nak naik pangkat ke, gaji naik ke, dapat bercuti ke Korea ke..anything la pasal korang punya azam.

Setengah orang dah capai pun azam dorang tapi kita dah hampir setahun belum capai lagi sama juga macam 2-3 tahun, tak berubah lagi. Orang kata belum rezeki lagi, yes memang takde rezeki lagi sebab kita tak focus apa yang kita nak, duk focus apa yg kita tak nak. Memang tak akan dapat.

Kalau betul-betul kita nak capai azam tu kita do whatever it takes. Biarlah orang kata gila la ko punya, mesti tak akan capai punya. Eh impian kita kenapa orang lain nak masuk hal kan?

Jangan kisah apa orang cakap, yang penting kita tahu apa yang kita nak buat.Buktikan!
Mindset harus betul ya focus betul-betul apa yang kita nak tu.

Coach doakan semua azam korang akan tercapai pada tahun ni juga 2018 ni!
Semoga bermanfaat.

Tips Kurus Ketika Bercuti


Hai Assalamualaikum
Coach Teah here
Ado sokmo ni..hehe

Selalu sangat travel.. bila kat tempat orang memang makan la kerjanya..rugi kalau tak cuba sebab banyak tempat lagi nak pergi selain daripada negara tu..kalau bercuti tempat kita habis semua tempat viral kita singgah tak kira tempat penuh orang ke tak..serbu tetap serbu hehe..

Tapi satu lepas balik daripada bercuti mesti stress kan sebab naik penimbang, berat naik..oke tips saya bagi siapa yg suka sangat travel ni pada masa yg sama nak maintain ataupun dengan on diet semoga bermanfaat.

Pertama, korang harus ingat yang setiap 7700kcal kita makan akan naik 1kg dalam sehari mungkin tak naik 1kg lagi.

Kedua, set mindset korang its okay to enjoy your food bukan selalu boleh cuba makanan tempat orang kan?

Ketiga, minum air kosong atau bawak botol air mineral ini untuk elakkan kita dari makan berlebihan atau tambah kalori dengan air manis.

Keempat, bawak snek sihat macam buah-buahan atau kekacang dapat elakkan kita dari makan jajan yg sememangnya tak sihat.

Kelima, makan ikut portion kalau boleh pilih makanan yg ade protin dan kurangkan karbo.

Keenam, bila janganlah stress bila tengok berat makin naik, just back on track jaga makan, exercise dan cukupkan pengambilan air kosong.

Itu saja tips daripada saya semoga tips ni bermanfaat untuk anda Si Kaki Travel!

Cara Order Air Kat Mamak atau Mana-Mana Restoren Untuk Orang Diet


Nak Ke Tak Nak Lepak Mamak

Hai.. Assalamualaikum 
Coach Teah here..
Tak lari mana la..haha

Terasa tekak ni nak minum air manis tapi tengah on diet ni..biasa macam tu kan? Bila member ajak lepak kat mamak tak kan nak order air kosong je kan? Nak jugak order air manis..

Boleh aje nak order air manis tu..kadang2 tu kita order air manis cth teh o panas kurang gula, cakap pula kat mamak tahu angguk je la sampai2 air tu kat meja kita minum manis jugak..bikin panas weihh haha..

Lain bagitahu mamak jangan taruk itu gula, mintak dia letak gula dalam bekas gula..kita sendiri boleh kawal berapa sudu nak letak gula.. ataupun cakap kat mamak tu sendiri letak 2 sudu gula je..jangan lebih-lebih.

Saya faham bukan semua orang boleh tinggalkan air manis ni secara mendadak.. cth kalau dalam sehari minum 5gelas esok tukarlah kepada 4gelas..mudah bukan? Takde la susah sangat

Semoga bermanfaat.

Testimoni Terkejut Tengok Result Alia turun 25kg: Powerfit Team


Hai Assalamualaikum
Coach Teah here..
Ini Coach nak cerita amazing Housewife ni duduk kat rumah je pun boleh kurus.. iya la surirumah kat bila ada kat rumah stok makanan mesti berlambak kan.. bosan aje makan..tapi sekarang alia tak macam tu stok makanan sihat dah sekarang ni.
Ikuti cerita dia kat bawah ya:

Saya Coach Alia umur 29 tahun dan seorang suri rumah.

Saya nie dulu jenis suka cuba macam2 produk, dok beli ubat kurus, jamu, losyen panas dan konon nya pakai bengkung nampak lah slim. Tapi nak turun sekilo tak nampak bayang pon. Bab cuba jenis diet tu tak pyh cerita lah...memang suka buat diet celup2 nie haha. Tak makan nasi, makan bihun je lah. Kalau cerita 3 hari 2 malam tak abis 😆
  
Saya bermula program Advance Coaching pada Nov 2017 dengan berat 80.6kg, 153cm. Dah lah rendah, nampak betul bulatnya saya. Alhamdulillah dlm program, saya dapat ilmu yang proven, coach dan komuniti support. Dengan fokus 100% mindset, 80% pemakanan dan 20% senaman sampai ke hari nie masih teruskan dan istiqamah dengan lifestyle yang lebih aktif & sihat. MasyaAllah, now saya lebih ceria dan more confident. 

Pesanan ikhlas dari saya, stay laser focus. Follow meal plan diberi dan jangan curang dengan coach anda. Paling penting jangan tipu diri sendiri.

InsyaAllah saya boleh, korang semua pasti boleh. Ayuhhh everyone. Be great, be better, be the best version of you 💪🔥🔥🔥

Mudahnya sihat, kurus dan fit dengan Coach, Ilmu dan Team Support.

Cara pilih pisang untuk orang diet


Hai Assalamualaikum..

Coach Teah here.. ha kat sini siapa yang suka makan yang suka makan pisang? Yes pisang ni bagus untuk kita..mengandungi potassium tapi kalau kita makan pisang tak burn balik, akan bertukar kepada lemak..sebab tu sebelum workout kami juga nasihatkan kepada peserta kami untuk ambil pisang.

Ha cuma kita kena pandai pilih pisang yang betul..betul macam mana tu? Okay macam ni untuk orang tengah berdiet, boleh je makan pisang, yang boleh bagi khasiat untuk kita.. contoh macam gambar kat atas kita tengok warna kulit pisang tu hijau kekuningan amat sesuai mempunyai antioksida yg rendah, kandungan gula pula rendah dan bagi kita kenyang lagi lama.

Beza pula kulit pisang yang warna kuning ni.. memang la cantik pisang kuning keemasan cuma kita kena tahu yg ianya lebih manis, Gi nya tinggi, micronutrient pula tinggi tapi senang nak membuang baik untuk penghadaman.

Ha itu dia tips untuk pilih pisang..walaupun apa pun amalkan sikap bersederhana. Makan punya makan tetiba jadi lemak sebab kita tak melakukan aktiviti untuk burn balik.

Alright..untuk yg nak turun berat badan 5-11kg pada tahun ni Whatsapp Coach Teah 017 964 3697.

POWERFIT TEAM MALAYSIA OUR SERVICE


Hai..Assalamualaikum

Okay kat sini Coach nak details out mengenai powerfit team..
So apa powerteam ni? kami merupakan coach membantu ramai peserta yang ingin turun berat badan tapi versi sihat ya..no crash diet, kami akan educate peserta kami tentang nak kurus ni, mitos2 yg ada kat luar sana, cara yg mudah tapi sihat.

Kami tubuhkan powerfit team sebab rasa terpanggil untuk membantu rakyat Malaysia untuk jalani hidup sihat, kita sedia maklumkan Malaysia ni merupakan paling ramai orang yg mengalami kegemukkan ni.. ye la bila gemuk ni punca segala penyakit. 

Kami faham sangat dengan orang yg mengalami masalah berat badan ni, sebab kami pun pernah gemuk dulu..Program ni dijalankan selama semusim, dalam musim tu kami dan peserta saling berhubung secara ONLINE saja.. namun mereka tetap boleh turunkan berat badan, kami educate peserta dengan pengambilan makanan yg betul.

Apa yang kami sediakan pada peserta kami:

~ Resepi sihat selama 30hari
~ Groceries list 
~ Group Support
~ 1 to 1 Coaching
~ Workout Combo ONLINE


I'm your Coach


Menu lunch peserta

Menu lunch peserta: nasi ikot portion yang betul

Review setiap minggu

Apa yang kami perlukan komitmen peserta, untuk turun berat badan gaya hidup kita perlulah berubah.. kalau asyik lakukan perkara yang sama results juga sama.

i'm your coach 

Direct Whatsapp Coach Teah 017 964 3697



restoren gegey seksyen 7 shah alam best

Restoren Gegey Seksyen 7 Shah Alam Best

hai assalamualaikum,,

hari ni saya nak review restoren kelate kat shah alam ni..
sape kat sini tahu gegey maksud dia apa..ha member saya yang dua orang tu pun tertanya-tanya apa maksud gegey.. ingatkan tahu makan je..hahaha

gegey = riuh rendah/bising

masa aku pergi makan kat restoren tu memang kena dengan nama gegey ramai gila orang datang.. makanan dia sedap.. ada platter tu boleh share 3-4org memang best.. harga murah pulak tu, memang sesuai nak bawak family dan kawan2, nice place to lepak jugakk.

aku pergi hari tu pasal nak sambut birthday member and kteorang pun dah lama tak lepak sekali so ajak la dia sambut birthday.. best memang recommended la tempat dia

Tempat pun senang nak cari depan hospital seksyen 7

No. 12 & 14, Jalan Plumbum N7/N, Seksyen 7,
 Selangor, 40000 Shah Alam

                                                                                           
NASI GEGEY

CIKEN CHOP yummy








RAINBOW


Berat Badan Dari 128kg Kini Turun 65kg... wowwww

Berat badan dari 128kg kini turun 65kg...wowwww

Assalamualaikum
Syukur ke hadrat ilahi


Sabtu lepas saya ada dengar sharing dari seorang Ustaz ni yang berat badan beliau turun 65kg dari berat yang dulu 128kg. .. Bayangkan betapa beratnya beliau 128kg kot, gemuk ni sarang penyakit.. bila-bila masa boleh dapat penyakit berbahaya penyakit 3 serangkai.. Dasyat tu beliau seorang pendidik banyak tugas dia perlu galas, kalau beliau sakit macam mana dengan murid-murid beliau anak isteri.. nak naik tangga pun termengah-mengah. Lebih baik kita jaga kesihatan badan kita sekarang.



Tapi Alhamdulillah beliau mempunyai kesedaran akan kepentingan menjaga kesihatan, sabtu lepas tengok beliau kulit menjadi cantik, kalah kulit perempuan.. Tak berkelip saya tengok kulit wajah ustaz ni.. Rasa seronok jumpa ustaz ni sebab lagi bersemangat nak bantu orang macam ustaz ni untuk kurus.. Bila kurus makin lawa.. dengan nutrition dan jaga pemakanan yang betul.. cukup minum air kulit nampak lembap dan sihat





Kalau ada sesiapa yang nak turun berat badan macam ustaz ni boleh la pm saya 017-9643 697

Program turun berat badan dengan Online saja

Hai assalamualaikum..

Happy day.. Selamat menjengah ke bulan mac..
Sekejap je bulan Februari ni rugi pada siapa yang tak menghargai saat2 dia hidup atas muka bumi ni.. Walaupun kita ada cabaran sekali pun jangan lupa bersyukur dengan apa yang ada.. right?

Well the main point is kat sini saya nak explain tentang Program yang saya buat sekarang ni Program turun badan secara online..

Macam mana online ni tak perlu jumpa pun kita hanya guna whatsapp saje..
Kalau duk satu kawasan dengan saya satu bonus..
Tapi kebanyakkan customer saya online je
So apa tugas saya as a coach:


  • Follow up pelan pemakanan anda
  • Sentiasa alert dengan alert result anda 
  • Berkongsi tips yang terbukti berkesan kerana kami faham benar perasaan terlebih berat tu
  • Semak semula rekod pemakanan harian melalui buku Daily Food dan kami akan pastikan Result anda.
Tak susah pun tak kira dimana anda berada saya boleh coaching korang.. semuanya melalui whatsapp saja..

Do PM Me Untuk JOIN PROGRAM TURUN BERAT BADAN
017-9643 687

The vampire diaries dah habis:( so sad

Assalamualaikum hai koniciwa...

Berjepun aku hari ni haha..Bulan feb 2018 dah nak habis ni.. cepat masa berlalu weih..
Siapa yang nak ideal weight meh PM tepi.. hehe

Hari ni nak cerita pasal series omputih yang aku memang minat giler after supernatural.. nanti aku review naaa.. supernatural aku minat sebab hero dia handsome beb! cair aku tengok hehe.. miang benor..

Ok back to story the vampire diaries cerita pasal 2 beradik vampire ni jatuh cinta pada seorang gadis, cinta 3 segi orang kata.. dalam series tu aku suka Damon(Ian Somerhalder) walaupun dia tak berapa baik dalam series tu tapi sebab dia handsome tahun ni umur masuk 40tahun dah.. Elena Gilbert(Nina Dobrev) heroin dalam series ni.. dia memang cantik..

Series ni based on novel dari L.J.Smith. Aku baca novel dia tak faham satu habuk.. bila tengok series baru faham, tapi setakat baca novel tu jalan cerita dia lain sedikit dengan drama..

Sedihhh cerita tu dah habis season no more Elena and Damon, stefan dan rakan-rakan yang lain.. Apa yang aku dapat ambik dari cerita yang tak baik tak payah ambik la.. Friendship, teamwork & family.. Pelakon-pelakon memang bertungkus lumus menjayakan cerita ni.. terbaik la dorang ni..





Apa erti kehidupan ini:)

Assalamualaikum...

Lama saya tak bersiaran tahun ni, haha bsuy sangat...
Straight to the point... nak tanya apa erti kehidupan kita pada hari ni... atau tak ada erti langsung??

Baiklahh bagi sesiapa yang tak tahu tujuan kita di hidupkan diatas dunia ni ada sebab dia, menjadi Khalifah dimuka bumi ni.. Ramai yang menyalahkan takdir kenapa aku dilahirkan atas dunia ni..
Jangan bersedih kita ni insan yang terpilih..

Saya bercakap based on pengalaman saya, bila kita fikir yang bukan-bukan iaitu fikiran negatif maka semua benda jadi negatif.. Baru-baru ni ada rasa sedih.. macam-macam saya fikir itu ini, sampai sakit kepala.. Allahuakbar pedih rasanya.

Jangan bersedihh lebih kepada pembangunan diri, pergi cari mentor jangan cari orang salah untuk luahkan perasaan. Kena luahkan perasaan kalau tidak badan jadi penat dan letihhh.

Itu saja dari saya tak panjang tak pendek ringkas saja.. Malas nak berbual kosong..Nanti nak buat review saya pergi Genting Higlands baru-baru ni, so tunggu ya.

Kita dah masuk tahun 2018

Kita dah masuk 2018

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kita masuk bertemu di sini pada tahun 2018.. Ramai manusia di luar sana tak rasa bersyukur dengan apa kita ada.. Mereka asyik komplen saya bukan nak nasihat kat korang tapi pesanan kepada diri sendiri.. Kena ada rasa bersyukur sentiasa walaupun kita dalam keadaan susah macam mana sekalipun.

Saya pun ada pernah mengalami waktu susah, masa tu Allah saja yang tahu cabaran saya. Tapi alhamdulillah selagi kita meminta pasti Allah tunjukkan jalan.. dapat berjumpa dengan mentor rasa syukur sangat beliau nasihat bagi solution, hati perasaan rasa lega yang amat..

Bila kita ada masalah kena cerita dengan orang betul, jangan salah cari orang bila salah cari orang mula lah kondem kita lepas down tak nak buat pape.. pedih cerita salah orang.
kita cerita kat orang betul dia akan tunjukkan kita jalan betul, solution yang bernas.

So jangan stress kalau stress pergi tempat yang tenang.. bukan lari dari masalah ya, bila dah tenang datang baik dan cari solution jangan bertindak mengikut emosi.