5 cara untuk eat clean: Coach Teah(017 964 3697) Kurus gemuk Story Kelantan, Kota Bahru, Machang, Tanah Merah, Bukit Jelutong, Petaling Jaya.


Assalamualaikum hari ni saya nak cerita sedikit tentang eat clean masih yang tak tahu apa itu eat clean.

Apa itu eat clean? Adakah anda betul-betul faham apa itu eat clean? Eat clean atau dalam bahasa melayunya diet bersih,Tasco Reno, individu yang bertanggungjawab mempopularkan diet ini, definisi "Eating-Clean" sebagai memilih makanan yang menghampiri fizikal asalnya, tidak diproses dan dicampurkan dengan bahan-bahan yang lain. Contoh tomato adalah makanan yang "clean" tapi tidak pada sos tomato. Untuk pemprosesan tomato menjalani pelbagai proses, dicampurkan dengan bahan-bahan kimia yang lain. Tapi anda tahukah cara macam mana nak eat clean dengan betul. Jom ketahui tips ini.

1. Menghadkan pengambilan makanan proses.

Jika anda lihat pada gambar burger di atas sudah tentu patti daging burger tu telah di proses. Tahukah anda makanan proses mempunyai lebih sodium, gula dan lemak. Lebih jika anda pandai baca label yang ada pada plastik makanan tersebut. Untuk mengelakkan anda membeli makanan proses, anda boleh masak sendiri makanan versi sihat contoh daging burger boleh dibuat hanya di rumah sahaja.

2. Sayur-sayuran.
Sayur kaya dengan vitamin contoh vitamin, yang sangat penting untuk penglihatan dan fungsi imun dan vitamin K dimana untuk kesihatan tulang. Sayur juga kaya dengan serat boleh membuatkan anada lebih kenyang. Malah sayur rendah kalori, jadi anda boleh makan tanpa merosakkan diet anda.

3. Kurangkan lemak tepu.
Anda boleh menggantikan lemak tepu kepada lemak sihat. Lemak tepu seperti mentega, keju dan daging, lemak ini boleh diganti dengan lemak sihat contoh minyak zaitun, minyak kanola, kekacang dan ikan. Lemak yang sihat baik untuk jantung dan boleh membantu meningkatkan kolestrol HDL yang baik untuk anda. Manakala lemak tepu meningkatkan risiko sakit jantung. Boleh menukarkan mayonis ke pada avokado pada sandwich anda.

4. Kurangkan pengambilan gula.
Kebanyakkan orang ramai suka makanan yang gulanya tinggi. Persatuan Jantung Amerika mencadangkan 6 sudu teh sehari untuk wanita bagi lelaki pula 9 sudu teh sehari. Kurangkan pengambilan gula  dengan menghadkan air bikabornat, gula-gula dan kek. Anda juga harus berhati-hati dengan makanan sihat yang mungkin mempunyai gula tambahan seperti yogurt(lebih baik anda pilih yang tiada gula tambahan).

5. Kurangkan pengambilan garam.
Makan terlalu banyak garam boleh menaikkan tekanan darah. Mengurangkan pengambilan makanan berproses akan mengurangkan pengambilan garam juga. Kerana makanan proses mempunyai sodium yang tinggi. Untuk mengurangkan garam dalam masakan anda boleh menggantikan dengan herba dan rempah, sitrus dan cuka.

sumber: eatingwell.com

No comments:

Post a Comment