Protein shake untuk siapa yang mahu bermula.
Ingin tahu tentang protein shake tapi tak tahu mana nak mula? Ha ini dia bimbingan untuk anda - macam mana dan kenapa, macam mana nak pilih, macam mana nak buat protein shake dan kegunaan peribadi anda.Ramai yang tidak tahu akan kepentingan protein, selain ianya memudahkan kita tapi ianya sesuai untuk semua orang.
Anda tentu terfikir bahawa protein itu hanya untuk atlet atau ahli bina badan saja yang menggunakannya. Iya memang benar, para atlet dan ahli bina badan mengambil shake untuk 'diisi' selepas bersenam. Akan tetapi banyak juga sebab-sebab mengapa 'orang biasa' boleh mengambil protein shake juga. Selain itu, ia cepat, mudah dan menyeronokkan untuk membuatnya!
Apa yang ada dalam Protein Shake?
Tiada definisi yang mengatakan apa itu protein shake - tapi pada dasarnya hanya minuman berprotein yang mempunyai nutrien seperti vitamin dan mineral. Sesetengah shake direka untuk hanya menambah diet dengan protein, manakala yang lain adalah lebih berkhasiat lengkap dan boleh digunakan untuk 'menggantikan makanan'.
Sesetengah protein shake yang dijual dalam bentuk sedia di minum, akan tetapi ramai yang lebih suka untuk membuat protein mereka sendiri dengan menggabungkan - sekurang-kurangnya - serbuk protein dan cecair. Protein shake juga boleh dicampur dengan bahan-bahan lain seperti buah-buahan.
Bila dan kenapa menggunakan protein shake?
Sebagai sajian yang cepat dan seimbang.
Shake protein direka khas untuk menggantikan makanan yang bersesuaian untuk orang yang selalu 'skip' waktu makan contoh sarapan pagi. Protein shake cepat dan mudah disediakan dan boleh memberikan pemakanan seimbang apabila masa untuk penyediaan makanan adalah terhad.
Sebagai pengganti makan untuk membantu anda menurunkan berat badan.
Bagi mereka yang cuba menurunkan berat badan, shake pengganti makan, misalnya boleh digantikan dengan sarapan pagi dan malam sahaja. Selain mudah disediakan, protein shake mempunyai kandungan kalori ditakrifkan dan bahagian kawalan, yang menjadikan ia lebih mudah untuk megira kalori dengan tepat dan mengawal jumlah pengambilan untuk hari tersebut.
Sebagai 'supplement' untuk naikkan berat badan.
Pada siapa yang ingin naik berat badan, protein shakes boleh dijadikan sebagai penambah kalori. Ambil protein shake sebelum tidur boleh meningkatkan pengambilan kalori.
Sebagai tambahan pengambilan protein anda.
Selain kita menggunakan sumber protein seperti ayam, ikan atau telur kita juga boleh mengambil protein shake. Mengambil protein adalah salah satu cara atau sumber bagi kita untuk mempertingkatkan jumlah pengambilan protein dalam diet harian.
Untuk mempertingkatkan diet seimbang anda.
Selalu ambil protein shake yang kosong sudah tentu anda bosan bukan. Apa kata anda tambah sumber nutrisi lain dalam protein shake anda contoh buah-buahan atau sayur.
Memilih protein shake untuk anda
Sesetengah campuran protein shake "lengkap" yang direka siap dengan bancuhan air. Tapi kebiasaanya protein shake campur dengan bancuhan susu, combinasi shake dan susu menyediakan nutrisi yang betul kepada kita.
Serbuk protein daripada sumber haiwan termasuk whey dan casein (kedua-dua datangnya dari susu) begitu juga protein telur putih. Pada siapa yang
lebih suka protein yang berasaskan sumber tumbuh-tumbuhan, contoh sumber tumbuhan-tumbuhan seperti soya, nasi, kacang atau quinoa.
Kebanyakkan serbuk protein ada yang berperisa, anda juga boleh cari yang tiada perisa. Kebanyakkan orang suka serbuk protein yang ada perisa seperti Herbalife Formula 1. Kemudian mereka boleh juga menyesuaikan jumlah protein dalam shake dengan menambah protein tambahan seperti Herbalife Personalized Protein Powder untuk keperluan masing-masing.
5 perkara yang ada boleh "add-ons" dalam protein shake anda.
Extra Protein
Walaupun protein shake anda sudah mempunyai protein, anda mungkin mahu menambahkan lagi keperluan protein anda. Anda boleh menambah serbuk protein biasa, anda juga boleh tambah keju cottage rendah lemak, yogurt, keju ricotta atau tauhu untuk meningkatkan keperluan protein.
Buah-buahan dan sayur-sayuran
Dengan menambahkan buah-buahan dan sayur-sayuran ke dalam protein anda adalah lebih senang. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang di sejuk beku lebih mudah dan membuatkan tekstur protein shake lebih pekat. Bereksperimen la dengan pelbagai sayur dan buah seperti lobak atau labu, cuba juga kombinasi lain seperti nanas dengan lobak, atau pisang dengan labu.
Serat
Kebanyakkan protein shake tidak mempunyai serat, dan kebanyakkan orang tidak makan serat seperti sepatutnya mereka perlukan, jadi cuba untuk menambah makanan berserat dalam shake. Jelasnya anda boleh letak serat mempunyai serbuk atau buah dan sayur, seperti oats, benih contoh biji matahari, flax atau chia seeds, yang mana ada serat.
Kalori
Jika keperluan kalori anda tinggi, anda boleh tambah oats, kekacang, mentega kacang, avocado atau buah kering untuk menambahkan kandungan kalori anda dalam shake.
Ais
Menambah ais adalah tambahan yang menarik kerana boleh memekatkan shake anda. Ais juga membolehkan shake jadi banyak dan membuatkan anda lebih kenyang. Merupakan satu "trick" mengelakkan anda menjadi lapar.
No comments:
Post a Comment