Rasa tawar dan tak lalu ditekak itulah air kosong, membuatkan sesetengah orang tak suka meminumnya. Malah mereka tidak tahu manfaat minum air kosong. Orang seperti ini lebih suka minum air manis yang ada kalori.
Ketahui manfaat ini anda pasti suka akan minum air kosong.
1.Membaiki sistem pencernaan.
Minum air kosong pada waktu pagi dapat merangsang sistem pencernaan. Ini kerana, apabila minum air kosong pembuluh darah akan mengembang dan membantu kita untuk mencernakan makanan dengan lebih baik sekaligus mengatasi masalah sembelit.
2. Memperbaiki peredaran darah
Minum air kosong memperbaiki peredaran darah dalam badan. Dengan sistem peredaran darah yang baik, kita akan berasa lebih tenang. Malah proses penyingkiran toksin berlaku jika kita minum air kosong.
3. Membantu penurunan berat badan.
Minum air kosong sangat bagus bagi siapa nak menurunkan berat badan. Air kosong akan meningkatkan suhu badan dan seterusnya meningkatkan kadar metabolisme dalam badan. Bahkan dapat membantu tubuh badan untuk membakar lebih banyak kalori sepanjang hari dan membantu proses penurunan berat badan.
4. Memperbaiki sel kulit.
Untuk memiliki kulit yang lebih anjal minumlah air kosong setiap hari. Kehadiran toksin dalam badan boleh menyebabkan penuaan yang lebih cepat terhadap kulit dari yang usia sebenar. Ianya membantu menyinkirkan toksin daripada badan dan memperbaiki sel-sel kulit sekaligus menjadikan kita lebih awet muda.
5. Mengurangkan kesakitan.
Minum air kosong dapat mengurangkan rasa sakit kekejangan pada anggota badan termasuklah kekejangan yang sering kali dialami oleh wanita menstruasi yang lebih dikenali sebagai 'period pain'.
SUMBER:SIRAPLIMAU.COM
No comments:
Post a Comment