Tengah diet? tapi nak makan nasi, boleh je makan tapi jangan berlebihan, jika terlebih membawa padah nanti.
1. Makan secara perlahan.
~dengan mengunyah makanan secara perlahan-lahan perut akan merasa kenyang walaupun makan sedikit makanan, jika dibandingkan dengan kita mengunyah makanan dengan cepat. Keadaan tersebut adalah berkaitan dengan cara kerja dari otak dan sistem pencernaan. Dari Harvard Health Publication otak memerlukan masa iaitu adalah kira-kira 20 minit untuk menyedari bahawa perut telah kenyang. Jadi jika kita mengunyah makanan dengan cepat maka kalori yang masuk ke tubuh juga akan semakin banyak sehingga badan memberi signal bahawa perut telah kenyang.
2. Alih perhatian.
~ Rasa nak makan lagi? apa kata anda cuba mengalihkan perhatian anda kepada benda lain contoh exercise ke, mana bolehkan makan sambil exercise kan?
3. Ambil sarapan pagi.
~Kajian terhadap 900 orang dewasa mendapati mereka yang makan sarapan yang seimbang mengandungi lemak, protein, dan karbohidrat di waktu pagi berasa selesa dan tidak mudah lapar sepanjang hari berbanding mereka yang meninggalkan sarapan pagi.
4. Kuantiti.
~Paling bagus nak makan dalam kuantiti yang sedikit tapi dengan kerap. Kalau kita tunggu terlalu lama atau terlewat makan pada waktu yang betul, pemilihan pemakanan mungkin tidak betul, kita mungkin ngap je makanan berada di depan mata kita.
5. Ketahui sama ada anda lapar atau tidak.
~Kalau kita betul-betul sampai nak pengsan, bersegeralah makan. Tapi kalau sekadar nak mengunyah tu lebih baik anda berhati-hati dengan pemilihan makanan. Anda boleh buah-buahan, kekacang atau roti tinggi serat.
No comments:
Post a Comment